TAK BOLEH DIAM SIKIT KE


zumba, kerajinan, lompatan



Aduhai la. mengandung kali ni, memang tak reti nak duduk diam weh. sebab kalau duduk diam, daku jadi bosan dan mengantuk tahap nak tidur atas katil. jadi setiap masa, perlu ada benda nak buat. tak kisahlah kat rumah ke, kat ofis ke, memang tak boleh duduk diam. 

Kalau kat rumah, kalau daku dah penat tahap maksimum, memang tak ada pilihan lain selain tidur la kan. dah ada katil, gunakanlah sebaiknya. tapi kalau daku rasa masih boleh bertahan, memang ada je la kerja kat rumah yang daku buat. tak kisahlah bersihkan rumah ke, susun atur hiasan ke, basuh kain ke, kemas bilik ke. aik, bukan tu memang kena buat ke? herm, memanglah. tapi daku ni selalunya malas tahap maksimum bila dah mengandung. tapi kali ni, rajin ya amat. 

Kalau kat tempat kerja pula, kalau penat tahap maksimum, daku tetap buat kerja cuma agak slow la. kalau tak penat, memang ke hulu ke hilir la daku. fotostat dokumen sokongan la, binding report la. kalau kerja daku dah siap, daku seboleh dengan bolehnya cari apa lagi yang daku boleh buat. bukan nak puji diri daku rajin ye. cuma daku memang tak boleh tak buat sesuatu. sekarang ni pun, daku tengah menanda peralatan tulis daku sambil menaip entri ni. punyalah nak buat kerja sangat kan. sekali lagi daku nak menegaskan, daku bukan nak menunjuk yang daku sangat rajin ye.

Kalaulah ini penangan mengandung, syukur sangat. mesti anak daku yang bakal lahir ni tersangatlah rajin orangnya. daku harap kerajinan daku ni berkekalan sampai dah nak bersalin nanti. jadi nanti mudah masa bersalin nanti. in shaa Allah. Amin. 


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
0 Komen untuk "TAK BOLEH DIAM SIKIT KE"

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia