BIRU BIRU PINKY

Hehe.. perasan tak background blog IbuNoey dah bertukar menjadi awan-awan biru-biru? sebelum ni warna pink kan? tapi kenapa tiba-tiba tukar warna biru pula.. mari sini IbuNoey nak cerita..


Sebelum ni IbuNoey ada bagitahu nak scan 4D kan.. nak dijadikan cerita, scan 4D pada tarikh tersebut terpaksa dibatalkan saat-saat akhir atas perkara yang tidak dapat dielakkan.. tapi, 18 Oktober tempohari, IbuNoey ada scan (bukan 4D) kat klinik kerajaan juga. jadi tak de la ralat sangat bila tak dapat scan 4D kat klinik swasta tu..



Appointment scan IbuNoey kat klinik kerajaan dalam pukul 2.45 petang. tu dia.. ramai pula orang kali ni.. IbuNoey dapat nombor ke-6.. tapi tunggu lama jugak.. bila tiba giliran IbuNoey, doktor pun buatla scan macam biasa. godek sana, godek sini. yang merisaukan, doktor cakap kedudukan baby IbuNoey breech, kepala masih kat atas. tapi doktor cakap, nanti 4-6 minggu lagi, dia akan scan semula untuk tengok kedudukan baby. aduhai.. cuak pulak bila tiba bab breech ni.. dulu masa AniqFiras, time macam ni kepala dia dah dok bawah..



Then, muka baby tak nampak sangat sebab baby menghadap ke belakang.. aiyo.. lepas tu, IbuNoey cuba bertanya kat doktor kut boleh nampak jantina. doktor cakap, "Entahlah.. macam lelaki.. tapi tak jelas sangat sebab kedudukan baby ni."..... well....... terkedu sekejap.. IbuNoey salah instinct ke kali ni? boy lagi ye?



Nampaknya pinky tak ade lagi la ye


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
4 Komen untuk "BIRU BIRU PINKY"

boy pon xpe...nnt cuba gegirl lak next year..hhihi

alaaaa geng aniqfiras la...

hehe,nak cuba gegirl kena tunggu beberapa tahun lagi la ni,kak Izan..:)

geng la ni,jijah...btambah poning la akak nanti nih..hero vs hero kan..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia