Al-hamdulillah, sekarang usia kandungan IbuNoey dah masuk 7 bulan. dua bulan lagi untuk ditempuhi.. lambat lagi tu.. tapi keletihan mulai terasa. kena pula bila drive sendiri, tempuh kesesakan lalu lintas sendiri. kalau dulu masa mengandungkan AniqFiras, naik motosikal je dengan AyahMal. jimat masa dan yang paling penting ada driver tak berbayar.. hehe.. tapi kali ni berdikari la.. mungkin sampai due nanti pun tetap drive sendiri..
So, situasi mengandung kali ni agak berbeza daripada sebelumnya. balik rumah, letih rasanya. tapi itulah, kena kuatkan semangat. dan yang paling penting, kepenatan itu serta-merta hilang bila dapat tengok muka AniqFiras. erm, sejak dua menjak ni, memang IbuNoey rasa best sangat bila dapat melayan karenah AniqFiras lepas balik dari kerja. kena pula dia semakin manja sekarang ni....
Selalunya IbuNoey sampai kat rumah dalam pukul 6 petang. sampai je kat rumah, letak barang dulu, baru ambil AniqFiras kat rumah pengasuh. ala, rumah pengasuh pun setakat menapak 10 langkah je dah sampai.
Dah ambil AniqFiras, biasanya IbuNoey keluarkan barang-barang beku dari peti ais dahulu untuk dimasak nanti. lepas tu, mulalah melayan karenah AniqFiras. yang tak tahannya tu, dia ajak IbuNoey yang tengah memboyot ni untuk main bola dengan dia. letihnya tak payah ceritalah. tapi AniqFiras memang cerdik. dia tak suka kalau bola tu setakat meluncur kat lantai je. seboleh-bolehnya dia nak bola tu melambung tinggi. jadi, dia pun lantunkan bola tu dan tendang terus bila bola tu dah melantun sedikit. sudahnya 'terbang' la bola tu sampai ke tv, meja makan, almari kasut. kadang-kadang sampai terkena frame gambar yang tergantung kat dinding. aduhai.. minat benar main bola tu..
Biasanya IbuNoey main dengan AniqFiras dalam setengah jam je. lepas tu, dia main sendiri la. tapi dalam tempoh setengah jam tu, memang tak boleh duduk langsung ye. kalau IbuNoey duduk kat kerusi, dia mula la tarik tangan IbuNoey sambil sebut, "Nangun, nangun (bangun)." jadi nak tak nak, kenalah berdiri je.. kalau dia tak nampak, barulah boleh curi-curi duduk kejap. manja bebenar la hai..
Bila dia dah mula main sendiri, barulah IbuNoey gerak ke dapur untuk mulakan operasi memasak. masa ni, dia dah tak kacau dah, tak sibuk-sibuk nak suruh IbuNoey bangun dah.. masa main sorang-sorang ni, biasanya AniqFiras akan beralih kepada basikal kecilnya. aduhai, ni pun tak tahan jugak tengok gayanya. laju weh.. siap pi langgar dinding, pintu tandas, almari kasut lagi. 'drift' pulak tu.. kadang-kadang dia sengaja usik Atok Dani dia yang tengah khusyuk tengok tv.
Bila dah malam, AniqFiras bertambah-tambah lagi kemanjaannya. terutama bila AyahMal dah balik kerja. selalunya, dia pergi manja-manja kat AyahMal dulu. caranya, dia tarik muka AyahMal, tekapkan kat pipi dia. kiranya dia nak suruh AyahMal kiss pipi dia la.. sambil tu, AniqFiras akan sebut, "Ayang, ayang." lepas tu, dia datang kat IbuNoey pula dan buat benda yang sama, berulang kali pula tu.. jadi layankan je la... dua bulan je lagi nak bermanja sepuas-puasnya... hehe..
Wondering macam mana agaknya penerimaannya bila dah dapat adik?
12 berkongsi idea
IbuNoey kene bagi dia selalu cakap ngan baby dalam perut.. Rajin cerita dengan dia pasal baby dalam perut.. Insya-Allah.. dia ok malah tak sabar nak tunggu adik dia keluar :)
ReplyDeleteselalu gak suh dia tekap telinga kat perut..tapi tak sampai 3 saat,dia tak nak dah..;)
Deletekawan ayu pregnant.. anak sulung dia pun mcm tu. lagi dasyat kak. tido pegang tangan mak. mak g toilet pun dia nangis kat luar..seb baik kawan ayu tu suri ruma
ReplyDeletehehe..ni pun sama dasat,ayu..kalau akak mandi,kdg2 dia nk ikut sama..
Deletebiasa org cakap kalau nak adik.. msti abg manja terlebih kan.. macam tahu2 je..
ReplyDeletememang,jijah...manja tak boleh nak kata lagi..
Deletedia macam tau2 aje kan xlama lg ibu da xbole nak bermanja dgn dia lebih2 sebab kena jaga adik..=)
ReplyDeletea'ah..tu la kut nak manja lebih2..kang tak boleh nak manja lebih dah..;)
DeleteAlhamdulillah dah 7 bulan ye..tak lama lagi tu..
ReplyDeletelebih kurang la kita ibunoey ye, sy lewat 2 mngu dari ibunoey..
harap2 sihat selamat hingga saat melahirkan..
Aniqfiras terlebih manja sbb dia tau dah nak dpt adik kot..hehe..
al-hamdulillah..in shaa Allah,selamat semuanya..kalau tengok gaya Firas tu,memang dia tau nk dapat adik ni..
DeleteHye rakan blogger , ain dtg singgah sini dan komen, singgah lah blog ain
ReplyDeleteBLOG AIN DISINI
follow jugak, NAK LANGSINGKAN BADAN?, KLIK SINI : JOM LANGSING BERSAMA ;)
tq,ain..:)
DeletePendapat anda amat dihargai.