Sedar tak sedar, usia kandungan IbuNoey dah cecah 28 minggu.. wah, sekejap juga masa berlalu kan.. ada dua bulan lagi untuk menunggu kehadiran adik AniqFiras ni. tak sabar pun ada. terutama bila tengok orang lain dok berulit dengan baby newborn. AniqFiras sekarang tak boleh diulit dah. dok sibuk lari sana, lari sini. mulut pulak becok. atututu, atututu.. ntah apa yang dia cakap pun IbuNoey kadang-kadang tak faham..
Dan tak dinafikan, sejak dua menjak ni, nak tidur lena memang susah. sebab bila malam je, baby dalam perut ni mulalah aktif. sebijik perangai AniqFiras masa dalam perut dulu. IbuNoey rasa kalau dah aktif sangat ni, baby boy lagi la jawabnya. hehe.. ok, pasal tidur lena tu, selain daripada keaktifan baby dalam perut ni, baby tua yang kat luar perut pun boleh tahan aktifnya. siapa? AniqFiras la.. aduhai... kalau tidur tu, tak sah kalau kaki tak naik atas perut, tak kira atas perut AyahMal atau perut IbuNoey.. lepas tu, memang dia banyak guna ruang untuk peralihan kedudukannya. kadang-kadang bila IbuNoey tersedar, dia dah dok bawah kaki IbuNoey. so, kenalah bangun dan betulkan kedudukannya semula. adakalanya pula, IbuNoey dah syok dibuai mimpi, terasa sesuatu melempang daku.. huhu.. sedar-sedar je, tangan kecik AniqFiras dah lekat kat muka. memang tak boleh nak elak la. jadinya, tidur pun tak lena sebab terganggu. tapi nak buat macam mana kan? hehe.. IbuNoey dulu pun masa kecik, 'buas' kalau tidur. pernah sekali tu, kerana kebuasan IbuNoey semasa tidur, gigi abang kandung IbuNoey tercabut. punyalah ganas kan... mungkin itulah yang diwarisi oleh AniqFiras.
Soal kerap nak kencing waktu malam tu, IbuNoey tak alami sangat. jadi ia tak jadi punca tak tidur lena. tapi bila fikir balik, ada faedah gak IbuNoey tak dapat tidur lena sekarang. sebab lagi dua bulan lagi nak dapat newborn. nak jaga newborn ni pun bukannya mudah bagi IbuNoey. tiap dua jam, kena nyusukan. lagilah kalau anak tu kena penyakit kuning kan.. nak-nak pulak kalau baby kembung perut ke.. mau tak tidur satu malam.. hehe..
So, sekarang ni, IbuNoey kena bertahanlah walaupun amat sukar mendapat tidur yang lena. bukannya apa, demi anak-anak juga. selama tak memudaratkan, selama itulah kena cekal. cheewah...
4 berkongsi idea
Aniq Firas ikut akak ni... hehe.. dahsyat betul sampai gigi tercabut.. hehe
ReplyDeletehehee mencabar yer kak.. t akak ada baby kecik lg..aniqfiras lagi mencabar..
ReplyDeleteyelahh kak ada bb kecik ni tiap2 malm ajak main.. huu siang ari tidoo.. mngantok!huu
pengorbanan seorang ibu.. :)
ReplyDeletewah x lama lg dpt baby..beznye
ReplyDeletealhamdulillah..moga dipermudahkan urusan akak nanti
Pendapat anda amat dihargai.