Masa dalam tempoh cuti bersalin, tiba-tiba teringin nak makan Nasi Kuning Tawau. dah lama dah teringin nak makan. dari tahun lepas lagi.. Nasi Kuning Tawau ni antara makanan terhebat di Tawau bagi IbuNoey. boleh klik entri ni. Jadi, kerana ada masa yang mencukupi, maka IbuNoey buatlah Nasi Kuning Tawau ni. tapi untuk pertama kalinya hasrat terbantut sebab tak cukup bahan iaitu beras pulut....
Dalam beberapa hari ni, risau tengok pemandangan kat luar rumah. memang nampak sangat jerebu makin teruk. bangunan tinggi-tinggi pun dah tak nampak. Bila jerebu makin teruk, dalam rumah pun nampak berkabus sikit. mata pun agak pedih. kesian kat budak-budak ni je la. Farhan banyak kali gak bersin. nak tutup tingkap, berbahang rasa. Dahlah jerebu, cuaca pun panas semacam. kalau malam, memang tak berbaju...
Kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya kita pun pernah buat silap pada anak-anak kita. kadang-kadang kita sedar kesilapan kita tapi akibat ego, kita tidak mahu meminta maaf.. sebagai ibu bapa, wajarkah kita meminta maaf kepada anak? Dua hari yang lepas, masa nak tidur, IbuNoey dah siap-siap masuk ke bilik dengan Farhan. Firas macam biasalah, hanya akan masuk bilik bila AyahMal masuk bilik. IbuNoey pula...
Semalam IbuNoey bersama AyahMal, Farhan, dan Firas pergi ke Pasar Malam dekat Jalan Semarak. betul-betul kat kawasan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak.. Pasar Malam ni setiap minggu memang buka. tapi setiap hari Ahad je la... Pasar Malam ni kecik jer. setakat nak jalan sekejap dan tak penat, berbaloilah pergi ke Pasar Malam ni. pilihan tak banyak mana. satu jenis ada satu kedai je yang...
Duduk-duduk macam ni sambil melihat AniqFiras yang tidur dan AniqFarhan yang sedang bermain dengan jari sendiri, membuatkan IbuNoey teringat pada seseorang. betapa besarnya pengorbanannya kan... Entahlah.. sejak anak dah ada dua orang ni, IbuNoey semakin teramat rindu pada arwah mak IbuNoey. teringat tawanya, teringat tangisnya.. banyak kenangan semasa IbuNoey masih kecil yang bermain di ingatan IbuNoey. Kadang-kadang bila IbuNoey peluk dan cium AniqFarhan,...




Lepas dah sah menjadi suami isteri, teringin pula nak ada anak dengan segera. al-hamdulillah, genap 3 bulan selepas nikah, disahkan mengandung. 9 bulan selepas tu, dapatlah si comel boolat namanya AniqFiras. tapi sebelum bersalin tu, berharap benar dapat baby girl walaupun naluri ibu merasakan mengandungkan anak lelaki. al-hamdulillah, walaupun tak dapat apa yang diinginkan, AniqFiras keluar dengan sihat sempurna. bermulalah episod menatangnya bagai minyak...
Memandangkan IbuNoey ni berasal dari Sabah, jadi hari ni nak kongsi beberapa perkataan yang kerap IbuNoey gunakan semasa kecil-kecil dulu. tapi sesetengah perkataan ni hanya digunakan oleh keluarga IbuNoey. so, jom tengok.... Kompek - beg plastik Gair - takut Sanggan - besen Jemput-jemput - cekodok/cucur Gayal - tua (khusus untuk ubi-ubian) Kuih terang bulan - apam balik Ampai-ampai - terbaring (kerana penat atau...