Makanan Terhebat Di Tawau, Sabah

By Permata Malap - 11:00 am

Al-hamdulillah.. tahun ni tiba turn IbuNoey untuk decide nak balik mana... hehe.. bila keputusan di tangan kita, mestilah untuk kepuasan kita kan.. so tahun ni raya kat tanah tumpahnya darah IbuNoey, di Tawau...

Awal Ramadhan tempohari, IbuNoey dah buat banyak perancangan. tapi seperti tahun yang sudah, memang tak plan sangat nak buat kuih raya... sejak arwah mak dah tak ada(2008), memang raya sambut ala kadar je. dah tak semeriah dulu.. kalau dulu, masa arwah mak ada, arwah yang rajin buat kuih. dibantu oleh satu-satunya kakak kandung IbuNoey.. kadang-kadang adik bongsu pun ikut sama. tapi dia join makan la... hehe.. tugas IbuNoey biasanya cuma anyam dan isi ketupat.. dan tugas tu masih lagi IbuNoey buat.

Eh, macam lari tajuk je ni. ni patut tajuk hari raya... okla, kita cerita benda berkaitan tajuk ye..

So, memandangkan tahun ni balik Sabah, ada beberapa makanan yang IbuNoey sangat teringin nak makan.. hehe.. makanan2 ni adalah makanan terhebat bagi IbuNoey yang ada di Tawau... jom kita semak satu persatu.



Image dari Blogger AmiraArbain
First teringin nak makan nasi kuning Tawau... haha,mesti ada yang fikir ni pulut kuning kan? hehe, ni nasi lebih kurang nasi lemak kut. cuma warna je kuning. tapi kuning sebab ada kunyit sikit.. sedap tau dengan lauk ikan masak pedas macam dalam gambar tu. dengan sambal telur pun sedap.. aduhai, kecur air liur... kat kampung IbuNoey, senang juga nak dapat nasi ni. terutama kalau time puasa. mesti ada yg jual kat bazar(kampung kami panggil Pasar Tamu).. ada yang bungkus dalam plastik, ada yang bungkus dalam daun pisang. tapi kalau dalam daun pisang tu yang sedaaaap. ada aromanya.. hehe.. tak sabarnye...



Image dari Blogger Moslem4Peace
Second,latto.. ni rumpai laut sebenarnya. ikutkan IbuNoey tak boleh makan ni sebab benda ni cuma basuh dan makan. tapi teringin.. rupa dia macam anggur sikit. tapi kecik je. sedap cicah dengan air limau kasturi+cili.. nyum, nyum.. tapi rasanya kena elak makan ni... takut effect kat baby dlm perut.




Third, kuih lada. hehe, macam cili kan? dah namanya kuih lada... ni dulu masa kecik-kecik, nenek IbuNoey selalu buat masa raya. nenek IbuNoey biasanya letak cili sikit untuk yang warna merah. jadi ada rasa pedas sikit. kuih lada ni digaul dengan gula halus. tapi makan macam tu je pun sedap.. kalau tak silap, bahan-bahannya tepung pulut dan telur. tempohari dah call kakak IbuNoey pasal ngidam kuih ni. kakak IbuNoey kata, siapa jadi sasaran kena buat kuih ni? IbuNoey cakapla, siapa yang paling rajinlah kena buat.. hehe.. untuk pengetahuan, kuih ni digoreng je, macam donut dan popia. tapi kalau salah step, meletup-letup dalam kuali. itu yang kakak IbuNoey risau tu.. huhu..




Keempat, kuih siput.. kat sini pun ada. tapi kalau kat Tawau ni, rasanya berbeza sikit. IbuNoey pun tak tahu bahan apa yang membezakannya.. tapi ni pun favret sejak kecik lagi. tapi nak buat, leceh jugak. sebab kecik-kecik kan. kalau buat besar2,tak sedap. dulu masa zaman budak-budak, minta arwah mak bancuh bahan.. nanti IbuNoey tolong gulung jadi siput. tapi bila dah mula letih, siputnya makin membesar..hehe..




Kelima bihun goreng. hehe, pelik kan? padahal kat sini bukannya tak ada... hehe,IbuNoey teringin makan bihun goreng yang dimasak oleh kakak IbuNoey. sebiji macam masakan arwah mak.. carila kat mana-mana kedai pun, memang tak jumpa yang sama rasa... ye lah, masakan penuh kasih sayang kan.. so,balik ni, nak minta kakak kesayangan IbuNoey tu masak bihun khas untuk IbuNoey. kena pula AniqFiras suka makan bihun. silap-silap,kami berdua je habiskan bihun tu nanti..


Image dari Blogger AmiraArbain
Last, nasi lalap. tapi bila IbuNoey terjah Atok Google, susah nak cari gambar yang sama dengan imaginasi IbuNoey. sebab masa first time IbuNoey makan nasi lalap ni kat UiTM Sabah, hidangan dia lain sikit. ada nasi putih, ayam goreng, mayonis, sos cili, dan kentang goreng. tapi itulah nasi lalap yang paling sedap bagi IbuNoey. tak tahulah ada ke tak kat Tawau sama macam kat UiTM tu..

So, itu je la makanan terhebat di Tawau yang IbuNoey teringin nak makan. kalau bab makan, memang IbuNoey laju je... hehe,paham-paham je la, mood tgh naik.. harap nanti dapatla merasa semua makanan tu nanti.. ye la, IbuNoey pun tak cuti lama. seminggu je dok Tawau.. nak buat macam mana, cuti terhad. ni pun sepatutnya, kena cut lagi cuti tu. tapi atas belas ehsan bos, bolehla... tq,boss..

Okla, nanti jumpa lagi di entri akan datang. nak update pasal kejayaan IbuNoey meratah enak makanan2 tu.. hehe.. tatatata..

  • Share:

You Might Also Like

8 berkongsi idea

  1. tringin nak rasa kuih lada tu..hhiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..rasanya biasa-biasa je,yui..tapi akak suka..

      Delete
  2. pernah makan nasi lalap n nasi goreng kundasang boleh tahan la sedapnya kalau kat sabah..

    yg lain2 jijah xmakan sgt..sebab xsedap..hahaha sory kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,xpe,jijah..tapi kat tawau je nasi kuningnye sedap..

      Delete
  3. nasi kuning.. teringin la pulak..

    ReplyDelete
  4. Nape tak msk kan mee tauhu ��..sy 1thn slalu ke tawau ada projek kat sana..saya mmg terngiang2 mee tauhu, sayap madu kat tawau kopitiam ngan pisang cheese ����..rindu mahu ke tawau lagi ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. carl,ni semua favret IbuNoey.kalau mee tauhu tu IbuNoey tak berapa minat sangat.tu yang tak masuk dalam list tu.ehehe.sayap madu tu favret tapi so far di KL ni ada orang Sabah jual sayap madu rasa sebijik macam kat Sabah punya.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.