ADILKAH KITA TERHADAP ANAK-ANAK?

By Permata Malap - 10:00 am

Lepas dah sah menjadi suami isteri, teringin pula nak ada anak dengan segera. al-hamdulillah, genap 3 bulan selepas nikah, disahkan mengandung. 9 bulan selepas tu, dapatlah si comel boolat namanya AniqFiras. tapi sebelum bersalin tu, berharap benar dapat baby girl walaupun naluri ibu merasakan mengandungkan anak lelaki. al-hamdulillah, walaupun tak dapat apa yang diinginkan, AniqFiras keluar dengan sihat sempurna. bermulalah episod menatangnya bagai minyak yang penuh.

Tapi memandangkan masih belum mendapat apa yang diinginkan, IbuNoey nak mengandung lagi dengan harapan kali ni dapatlah anak perempuan. kerana itu, belum pun genap dua tahun usia AniqFiras, IbuNoey mengandung sekali lagi. usaha pertama, gagal kerana IbuNoey keguguran. usaha kedua, berhasil dan akhirnya setelah AniqFiras berusia dua tahun, keluarlah AniqFarhan menjengah dunia.

Ya, usia AniqFiras yang semakin bertambah membuatkan dia semakin cerdik. pandai sayang adik dia... sikit-sikit nak cium. tapi tu lah, ganas benar. kadang tu, saja je dia nak cubit pipi adik dia. mungkin sebab geram kut. kadang pula tu, dia suka nak himpit adik dia bila adik dia dok baring atas tilam. apalagi, terjeritlah IbuNoey.

Tapi tu lah, bila dah ada AniqFarhan ni, IbuNoey perasan juga AniqFiras selalu buat hal. kadang kita cakap 'jangan', lagi dia nak buat. lagi-lagi bila dia usik adik dia. kadang-kadang bila dia tak nak dengar, IbuNoey cubit sikit. tapi menangisnya macam kena pukul dengan rotan. bila dengar dia nangis, sedih pun ada. 

Dan sekarang ni, IbuNoey tak nafikan tumpuan IbuNoey lebih kepada AniqFarhan. kalau tengok dengan karenah AniqFiras sekarang, IbuNoey tahu dia terasa cemburu. seboleh-bolehnya dia pun nak perhatian daripada IbuNoey. tapi itulah, kadang tak cukup tangan nak melayannya. lagilah kalau masa tu kedua-dua Aniq dok merengek nak minta layan. of course la IbuNoey kena utamakan yang kecil. 

Dulu, masa tidur mesti peluk AniqFiras. tapi sekarang, IbuNoey selalu membelakangkan AniqFiras sebab senang nak menyusukan AniqFarhan kan. kelmarin, IbuNoey ambil kesempatan sekejap untuk peluk AniqFiras yang tengah tidur. tiba-tiba dia pegang muka IbuNoey macam yang dia selalu buat masa IbuNoey masih mengandung dulu. sebak pula rasa. terasa kurang adilnya IbuNoey pada AniqFiras dalam beberapa bulan ni... terimbau wajah-wajah AniqFiras masa dulu; ketika baru lahir, hari demi hari, sehinggalah sekarang.

Betapa sukarnya untuk menjadi seorang ibu yang adil!

Ni la kejanya bila tengok adik dok kat tilam


Mood baik, nak je bergambar dengan adik. Kalau tak, habis adik dihempap..




  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. Jangan susah hati ya. Banyakkan berdoa kepada Allah semoga anak2 kita bakal jadi insan soleh yabg bertanggungjawab. Aniq kecil lagi tu, kena ambil masa lama juga utk dia terima adik dan faham situasi. Naim yg adik dah setahun setengah ni pun masih lagi buat adiknya kadang2.. cuma bila dah lama sikit, Naim dah tahu tunjukkan sayang adik dan melindungi adiknya.

    Banyakkan baca selawat dan suruh al insyirah kepada ubun anak2 supaya berkelakuan baik. Tidurkan dgn alunan ayat Ruqyah pun baik juga, mengurangkan baran.. apa lagi, boleh juga banyakkan aktiviti melibatkam kedua2nya dan kena cuba adil sebaik mungkin..dua2 pun kita sayang..kan?

    ReplyDelete
  2. Walaupun abang tetapi dia masih terlalu kecik. Sifat cemburu masih ada tetapi percayalah abang tetap sayang adik dia. Tak percaya cuba kata nak bagi adik pada org lain. Mahu dia meraung kan... Jadi ada masa kena belai juga seperti adik pada abang...

    ps: kalau abang dekat rumah auntie abang duduk dgn auntie ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul tu,kak..ari tu adik dia dok dalam bilik, dia dok kat ruang tamu.sibuk dia cari adik dia.

      Delete
  3. saye kerje dekat KK.. sebelah UMS.. dekat 'mini putrajaya' tu.. tinggal pulak dekat sri maju.. :)

    fifi baru nak rase jadi ibu due anak.. tapi dalam hati asyik bercakap.. 'kasih sayang jangan bahgikan.. tapi sile darabkan..' inshaAllah boleh..

    ReplyDelete
  4. terpikir jugak mcm mana nak betul2 berlaku adil utk next 4-5 months..

    ReplyDelete
  5. in shaa Allah masing masing cba utk menyesuaikan diri. smga dipermudahkan buat ibu noey nnti k..

    nak pergi tu, x blh ckp la bila sbb cika be x da skrg ni.diluar daerah. huhu

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.