JEREBU SEMAKIN MENGGANGGU

By Permata Malap - 11:30 am

Dalam beberapa hari ni, risau tengok pemandangan kat luar rumah. memang nampak sangat jerebu makin teruk. bangunan tinggi-tinggi pun dah tak nampak.

Bila jerebu makin teruk, dalam rumah pun nampak berkabus sikit. mata pun agak pedih. kesian kat budak-budak ni je la. Farhan banyak kali gak bersin. nak tutup tingkap, berbahang rasa. 

Dahlah jerebu, cuaca pun panas semacam. kalau malam, memang tak berbaju la Firas tu. tinggal pampers jer. yang Farhan pula, nasib baik ada barut gantung. jadi baju tak pakai, barut gantung je ganti baju. sejuk sikit la bahagian belakang Farhan tu.

Dalam keadaan macam ni, kena banyakkan minum air. kalau tak, sakit tekakla jawabnya. AyahMal sekarang dok batuk-batuk tu. dia lagilah mudah nak kena sebab training sukan rugby selalunya pukul 3 petang.

Apa-apapun, semoga cepatlah pulih keadaan jerebu ni. bukannya apa, kita yang dewasa ni bolehlah pakai mask. kalau baby dan anak-anak kecil, macam mana pula?  


  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. alhamdulillah, kat penang dah mula turun hujan.. jerebu pun dah tak beberapa nk nampak hari ni..

    ReplyDelete
  2. kat sana tak ok lagi ke dari jerebu..? penang dah beransur pulih.. hujan pun dah turun.. harap semuanya kembali seperti sediakala..

    ReplyDelete
  3. Betul.. banyak kesan kesihatan kalau jerebu ni. Harapnya hujan hari ni dapatla kurangkan jerebu. Nampak ok hari ni

    ReplyDelete
  4. Rasa kakak sekarang dah ok kan. Sebab banyak tempat yg dah disirami hujan pada hari ahad dan semalam. Tempat kakak ni sekarang pun hujan lagi tau..

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat. Alhamdulillah...jerebu dah semakin pulih.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, kes jerebu sekarang dah okay..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.