HADIAH PALING BERHARGA
By Permata Malap - 1:38 pm
26 November tempohari, genap 5 tahun usia pernikahan IbuNoey dengan AyahMal. Al-hamdulillah, segala suka duka dan jerit perih rumahtangga kami berjaya atasi bersama. Bohonglah kalau dalam rumahtangga tiada perselisihan fahan kan. Yang penting kena bijak mengawal situasi. Dan al-hamdulillah juga sebab AyahMal sentiasa bertolak ansur dalam kebanyakan hal.
Tapi yang sedihnya, tahun ni kami sambut anniversary pernikahan di hospital. Puncanya? IbuNoey terkena sakit mata la. Cuba tengok gambar kat bawah. Kan 26 November tu.
Dua minggu sebelum Anniversary kami, IbuNoey bercadang nak buat kek sendiri guna Periuk Noxxa. Bahan-bahan semua dah ada. Tapi apa boleh buat, dua hari sebelum Anniversary, penyakit mata pula datang. Jadi, berkampung separuh hari di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan masa Anniversary kami.
Tapi bagi IbuNoey, kehadiran suami di sisi semasa sakit itulah hadiah paling berharga buat IbuNoey. Dengan mata yang sakit sampai tahap tak boleh nak buka langsung, AyahMal duduk kat tepi setia menunggu. Urusan isi borang, beli air minuman, ambil ubat, semua tu AyahMal buatkan. Ye, tau. Suami orang lain pun boleh buat macam tu. Tapi bini AyahMal ni jenis yang berdikari tau. Kalau mampu, bini AyahMal ni akan buat sendiri dan AyahMal sendiri sedia maklum perangai bini dia ni macam mana. Tapi dia nampak bini dia ni tak mampu masa tu. Dan itulah hadiah yang paling berharga buat IbuNoey sebab AyahMal membantu di saat daku kesusahan. Cheewah.. Jangan muntah pula.
So, tahun ni tak ada kek, tak ada karaoke sempena Anniversary kami. Yang penting 'hadiah' seperti yang IbuNoey sebutkan di atas dah ada. Kadang hadiah yang paling mahal ni, tak perlu dinilai dengan wang ringgit, betul tak?
My Mind: Birthday Firas dalam tiga hari lagi. Hari yang sama dengan appointment pakar juga. Dugaan...

3 berkongsi idea
so sweet... semoga berbahgia hingga ke fasa seterusnya...5 tahun pertama telah berlalu...
ReplyDeleteal-hamdulillah..in shaa Allah,Bunda..
DeleteNice entry kak.. seronok baca kasih sayang akak dengan keluarga akak.. Semoga bahagia ke anak cucu.. :)
ReplyDeletesinggah + follow sini.. :)
jemput join segmen shawal.. ^^v
http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html
Pendapat anda amat dihargai.