BERTUKAR KE MITI

By Permata Malap - 10:30 am

Ketika entri ini keluar, mungkin IbuNoey dah selamat masuk ke pejabat baru. Mungkin sedang berkenalan dengan kawan-kawan sepejabat yang baru. Atau mungkin juga masih duduk di pejabat Bahagian Sumber Manusia sementara menunggu penempatan. Apa-apapun, doakan kejayaan IbuNoey di tempat kerja yang baru ye.

Ups, lupa pula nak buat pendahuluan. Sebenarnya IbuNoey dapat bertukar ke MITI. Selama ni, tak pernah IbuNoey cerita pasal nak pindah tempat kerja. Sebab tak sangka dapat pindah juga. Dah lama dah mohon pindah jabatan ni. Dari tahun 2013 lagi. Tahun ni baru dapat pindah jabatan. Itupun dah hujung tahun. Kalau ditanya kenapa IbuNoey nak berpindah, mudah sahaja; mencari pengalaman baru. Dan semoga pengalaman baru itu memberi semangat baru. Hehehe.

miti jalan duta
Foto Sumber : malaysiagazette

Tarikh sepatutnya lapor diri 1 haribulan tadi. Tapi surat lambat sampai kat Bahagian Sumber Manusia jabatan lama. Ditambah pula dengan IbuNoey yang masih cuti sakit mata sehingga 4 haribulan tu. Tapi dapat jugalah minta tangguh lapor diri sehingga 11 Disember. So, hari ni barulah dikira lapor diri secara rasmi. Al-hamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan perjalanan IbuNoey di dalam kementerian ni. Yang paling penting, there was no dangerous outside but take it as challenges. Hahaha, nak juga speaking walaupun berterabur.

My Mind : Teringat kesopanan semasa mula-mula bertugas sebagai penjawat awam tahun 2008 dulu. Perhaps gonna be like that again?

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. Lama juga mohon baru dapat pindah. Alhamdulillah dapat. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.