FRESH AND FRESH

Hari ni dah masuk hari ketiga IbuNoey bertugas di MITI. So far memang ada perbezaan suasana. Terutamanya kena bangun awal sedikit daripada sebelum ni. Ahahaha. Tapi sampai opis pun agak awal juga sebab musim cuti sekolah kan. Manalah nak jammed sangat. Agaknya kalau dah buka sekolah nanti, memang sampai dekat-dekat waktu gak.

Bila jadi freshie ni, memang kena duduk melangok dulu la dalam seminggu. Lagilah bila hujung tahun macam ni. Orang-orang lama mestilah pulun dulu kerja yang urgent. Dorang nak mengajar, memang tak menyempat la kan. So, buat masa ni jadi pemerhati je dulu. Bosan tu tak payah cakaplah. Ahaha. Biarlah bosan dulu sebab lepas ni memang tak cukup tangan jawabnya. Silap haribulan, peristiwa kalkulator terbang berulang. Member-member ofis lama tahulah pasal kes ni. Harap taklah kan. Moga dikurniakan kesabaran berlipat ganda. Aamiin.
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
2 Komen untuk "FRESH AND FRESH"

Semoga urusan kerja di tempat baru berjalan lancar..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia