KEK COKLAT MOIST MELELEH

By Permata Malap - 2:30 pm

idea kek hari jadi

Minggu lepas, dengan jayanya, IbuNoey telah menghasilkan kek buatan sendiri khas untuk anak teruna yang dah menginjak usia 4 tahun. Kek biasa-biasa je. Yang pasti, baik Firas, mahupun Farhan dan AyahMal memang makan dengan berselera. Dorang lebih suka makan kek moist berbanding kek butter atau sponge. Itu yang lagi teruja nak buat tu.

Walaupun masa tu mata kiri masih kurang jelas penglihatannya tapi gagahkan juga demi anak teruna. Bahan-bahan pun mencukupi dan cara membuatnya pun tak susah mana. Gaul-gaul, kacau-kacau, kaup-kaup je. Kiranya guna mata sebelah pun boleh jer. Resepi kek moist ni pun IbuNoey dapat dari Google. Sukatan dalam kuantiti yang sedikit dan menggunakan sukatan cawan. So, dapatlah kek cinonet. Lupa pula nak timbang berapa gram. Yang pasti tak sampai sekilo. Ala, buat banyak sangat nanti tak habis pula kan.


kek untuk harijadi anak


Deko-deko tu buat sendiri. Tak ada lilin sebab kat rumah hanya ada lilin besar warna putih tu je. Takkan nak letak selepuk lilin besar tu kan. Ahaha. Pisau potong kek pun sebenarnya guna spatula untuk bakeri tu. Punyalah jimat kan. Tapi tak apa. Yang penting amatlah puas hati selepas melihat Firas tersenyum, tergelak, dan riuh mulutnya bila tengok kek khas untuk dia. Happy sangat.

So, jomlah layan gambar anak teruna yang sambut birthday ni. Semoga anak ibu menjadi anak yang berguna, soleh, dan berbakti dengan kedua orang tuanya. Aamiin.


kek untuk anak


idea kek harijadi


idea hari lahir anak

My Mind : 23hb ni kena buat lagi untuk anak teruna yang sorang lagi. Deko kena lebih la kali ni.

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. wah, nampak sedap kek coklat tu ibunoey. Happy belated birthday.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.