Kesinambungan daripada projek DIY Meja Jahit, cubaan untuk mencantikkan permukaan meja pula. Maklumlah, guna papan terpakai kan. Ada sisi-sisi tertentu yang menggerutu. Tapi kalau pakai papan baru pun boleh hias juga permukaan tu. Di bawah ni gambar sebelum projek dimulakan. Boleh klik untuk besarkan gambar.

Nampak tak sisi kiri dan kanan tu? Agak tak lawa sebenarnya kalau dilihat dengan lebih dekat. Lagipun ada pula papan kaler hitam tu. Jadi, IbuNoey decide nak cari wallpaper yang sesuai iaitu wallpaper bercorak papan. Nak cari yang murah sikit, menapaklah ke Mr. DIY di Aeon Big Wangsa Maju. Suka sangat kalau pergi Mr. DIY ni. Banyak pilihan dan harga pun lebih murah jika dibandingkan dengan Daiso Japan. Untuk makluman, buat masa ni Mr. DIY di Aeon Big Wangsa Maju ada dua kedai; satu di Ground Floor dan satu lagi di First Floor. Wallpaper untuk projek ni IbuNoey beli di Mr.DIY kat tingkat bawah sebab kedai yang kat tingkat pertama tu macam tak ada.
Harga wallpaper untuk panjang 2 meter dalam RM3.50 kalau tak silap. Murah tak? Sebenarnya rambang mata juga nak pilih walaupun pada asasnya hanya perlukan corak papan sebab dalam corak papan tu, ada pelbagai lagi coraknya. Warna pun ada yang gelap, ada yang cerah sikit, ada yang gelap sikit. Tapi pilihlah mengikut sedap mata memandang.

Kat atas adalah projek yang 80% siap. Tengok kat sisi meja tu, dah tak menggerutu kan? Proses kerja kali ni hanya melibatkan ukur, gunting dan tampal tau. Tak perlulah nak drill, skru bagai. Dah namanya wallpaper.

Dan inilah hasilnya. Papan hitam dah bertukar menjadi corak papan. Puas hati sebab dah cantikkan meja jahit DIY IbuNoey ni. Sedikit tips ketika membuat projek ni, pastikan anda ukur betul-betul ye. Jangan sampai terkurang ukuran sebab nanti tak lawa hasilnya. Kalau terlebih tu, walaupun dah tampal, masih boleh adjust lagi. Dan tampal secara berhati-hati supaya tak ada gelembung yang timbul. Selamat ber-DIY!
Beberapa hari sebelum cuti Hari Malaysia, memang berniat nak buat DIY meja untuk kerja menjahit sebab ada papan bekas almari lama yang terperuk di dalam stor sejak tahun 2011. Dan al-hamdulillah, niat tercapai juga. In shaa Allah, lepas ni projek jahit menjahit lebih mudah dilakukan.

Sebenarnya di rumah IbuNoey dah ada meja yang ringkas tanpa laci. Setakat nak letak barang di atas meja, bolehlah. Tapi masalahnya, meja tu dah dibuat meja untuk letak laptop dan diletakkan di tepi kabinet tv di ruang tamu. Jadi, bila nak menjahit agak susah sikit sebab IbuNoey kena alihkan laptop dulu. Tak pun, menjahit kat meja makan. Macam tak sesuai pula kan. Tu yang timbul idea nak buat meja DIY. Kebetulan pula ada papan recycled tu. Senang sikit kerja.
![]() |
| Proses mengukur dan menanda papan |
Mudah juga nak buat meja ni sebab tanpa laci kan. Di lain masa nanti, bolehlah upgrade sikit kalau nak ada compartment untuk letak barang.
Di awal proses, IbuNoey buat pengukuran dulu dengan meja yang sedia ada sebelum ni. Lepas dah ukur, potonglah papan tu. IbuNoey guna Multi Magic Saw dari Astro GoShop. Dah lama dah IbuNoey beli Multi Magic Saw ni. Tapi baru berpeluang guna masa ni. So far, senang nak guna gergaji ni. Walaupun kecil tapi prestasinya memang thumbs up. Kudrat perempuan nak mengergaji papan bukan kuat mana pun. Tapi al-hamdulillah, tak susah manapun nak gergaji papan guna Multi Magic Saw ni.
IbuNoey buat kerja ni di bahagian dapur rumah kami. Untuk pengetahuan korang, ruang dapur kami ni agak kecil. Jadi dengan Multi Magic Saw ni, memang membantu proses kerja di dalam ruangan yang kecil. IbuNoey bagi empat setengah bintang untuk Multi Magic Saw. Mana lagi setengah? Tunggu fully utilized setiap bilahnya dulu sebab IbuNoey just guna bilah yang paling besar tu je. Bilah yang kecil dan bilah untuk potong mozek bagai tu masih belum digunakan lagi.
![]() |
| Bekas yang sangat comel |
IbuNoey mulakan proses kerja dari pukul 12 tengahari sampailah pukul 4 petang. Lama juga kan walaupun simple? Sebenarnya, yang buat lama tu sebab pengubahan struktur. Pada permulaannya struktur yang dibuat menyebabkan ianya agak goyah sebab IbuNoey tak ikut 100% struktur macam meja yang sedia ada. Sudahnya, ikut semula struktur meja sedia ada dalam 95% la. Bila nak ubah tu yang mencuri masa sedikit tu. Tak apalah, yang penting, meja kukuh. Kalau tak, kena goyang sekali oleh Farhan, memang runtuhlah meja DIY ni.
![]() |
| Struktur asas sebelum pengukuhan |
Dalam menyiapkan meja DIY ni, antara cabaran yang IbuNoey hadapi ialah:
- Salah kiraan. Mujurlah salah kiraan ni untuk tebuk lubang letak skru je. Kalau salah kiraan untuk potong papan, nak pula potong terlebih, memang kena potong yang lain la.
- Salah tebuk. Yang ni mungkin sebab IbuNoey tak berapa pro lagi nak pegang drill tu. Tu yang terpesong sikit. Walau terpesong sikit pun, kadang efek juga sebab skru tak boleh nak masuk. Tapi mujur salah tebuk ni boleh diperbetulkan dengan menebuk lubang lain. Cuma, hasilnya tak berapa nak cantiklah meja tu.
![]() |
| Proses menanda lubang skru |
Untuk melaksanakan projek ni, IbuNoey menggunakan bahan-bahan di bawah
- Papan (recycled)
- Multi Magic Saw
- Drill
- Skru
- Pita pengukur
- Pen
![]() |
| Lubang yang telah ditebuk |

Dan inilah hasilnya. Nampak ringkas tapi memuaskan hati sebab hasil tangan sendiri. Meja ni memang lebih kukuh daripada meja untuk laptop tu. In shaa Allah, lepas ni akan ada upgrade. Yang paling penting, senanglah menjahit lepas ni.
My Mind : Rasanya next time nak sharing macam mana nak buat meja ni. Step by step. Okey tak?





