PROJEK MEJA JAHIT

By Permata Malap - 1:30 pm

Beberapa hari sebelum cuti Hari Malaysia, memang berniat nak buat DIY meja untuk kerja menjahit sebab ada papan bekas almari lama yang terperuk di dalam stor sejak tahun 2011. Dan al-hamdulillah, niat tercapai juga. In shaa Allah, lepas ni projek jahit menjahit lebih mudah dilakukan.

Sebenarnya di rumah IbuNoey dah ada meja yang ringkas tanpa laci. Setakat nak letak barang di atas meja, bolehlah. Tapi masalahnya, meja tu dah dibuat meja untuk letak laptop dan diletakkan di tepi kabinet tv di ruang tamu. Jadi, bila nak menjahit agak susah sikit sebab IbuNoey kena alihkan laptop dulu. Tak pun, menjahit kat meja makan. Macam tak sesuai pula kan. Tu yang timbul idea nak buat meja DIY. Kebetulan pula ada papan recycled tu. Senang sikit kerja.


bahan terpakai
Proses mengukur dan menanda papan


Mudah juga nak buat meja ni sebab tanpa laci kan. Di lain masa nanti, bolehlah upgrade sikit kalau nak ada compartment untuk letak barang.

Di awal proses, IbuNoey buat pengukuran dulu dengan meja yang sedia ada sebelum ni. Lepas dah ukur, potonglah papan tu. IbuNoey guna Multi Magic Saw dari Astro GoShop. Dah lama dah IbuNoey beli Multi Magic Saw ni. Tapi baru berpeluang guna masa ni. So far, senang nak guna gergaji ni. Walaupun kecil tapi prestasinya memang thumbs up. Kudrat perempuan nak mengergaji papan bukan kuat mana pun. Tapi al-hamdulillah, tak susah manapun nak gergaji papan guna Multi Magic Saw ni. 

IbuNoey buat kerja ni di bahagian dapur rumah kami. Untuk pengetahuan korang, ruang dapur kami ni agak kecil. Jadi dengan Multi Magic Saw ni, memang membantu proses kerja di dalam ruangan yang kecil. IbuNoey bagi empat setengah bintang untuk Multi Magic Saw. Mana lagi setengah? Tunggu fully utilized setiap bilahnya dulu sebab IbuNoey just guna bilah yang paling besar tu je. Bilah yang kecil dan bilah untuk potong mozek bagai tu masih belum digunakan lagi.

Bekas yang sangat comel

IbuNoey mulakan proses kerja dari pukul 12 tengahari sampailah pukul 4 petang. Lama juga kan walaupun simple? Sebenarnya, yang buat lama tu sebab pengubahan struktur. Pada permulaannya struktur yang dibuat menyebabkan ianya agak goyah sebab IbuNoey tak ikut 100% struktur macam meja yang sedia ada. Sudahnya, ikut semula struktur meja sedia ada dalam 95% la. Bila nak ubah tu yang mencuri masa sedikit tu. Tak apalah, yang penting, meja kukuh. Kalau tak, kena goyang sekali oleh Farhan, memang runtuhlah meja DIY ni.

cara buat meja mudah
Struktur asas sebelum pengukuhan


Dalam menyiapkan meja DIY ni, antara cabaran yang IbuNoey hadapi ialah:

  • Salah kiraan. Mujurlah salah kiraan ni untuk tebuk lubang letak skru je. Kalau salah kiraan untuk potong papan, nak pula potong terlebih, memang kena potong yang lain la.
  • Salah tebuk. Yang ni mungkin sebab IbuNoey tak berapa pro lagi nak pegang drill tu. Tu yang terpesong sikit. Walau terpesong sikit pun, kadang efek juga sebab skru tak boleh nak masuk. Tapi mujur salah tebuk ni boleh diperbetulkan dengan menebuk lubang lain. Cuma, hasilnya tak berapa nak cantiklah meja tu.

Proses menanda lubang skru


Untuk melaksanakan projek ni, IbuNoey menggunakan bahan-bahan di bawah
  • Papan (recycled)
  • Multi Magic Saw
  • Drill
  • Skru
  • Pita pengukur
  • Pen

cara tebuk
Lubang yang telah ditebuk




buat meja mudah
Dan inilah hasilnya. Nampak ringkas tapi memuaskan hati sebab hasil tangan sendiri. Meja ni memang lebih kukuh daripada meja untuk laptop tu. In shaa Allah, lepas ni akan ada upgrade. Yang paling penting, senanglah menjahit lepas ni.

My Mind : Rasanya next time nak sharing macam mana nak buat meja ni. Step by step. Okey tak?

  • Share:

You Might Also Like

16 berkongsi idea

  1. rajin dan kreatifnya.. buat sendiri lagi puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kreatif mana pun,Aiza.rajin sangat pun tak juga.cuma bila ada masa terluang lebih tu yang nak buat tu.tapi memang buat sendiri puas hati la sebab kita yang tentukan ukuran dia.

      Delete
  2. wahhhh... rajinnya...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)

    Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  3. Waa hebatnya bertukang! Last saya bertukang 20 tahun dulu kot. Masa kelas kemahiran hidup. Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.IbuNoey ni ada masa je rajin nak bertukang.ada papan lebih,tu yang boleh buat tu.

      Delete
  4. Baguslah boleh buat sendiri hehehe..
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri,puas hati.
      terima kasih sebab singgah.nanti IbuNoey terjah ye.

      Delete
  5. Hmm... behatlah IbuNoey.
    Kalau kakak ketuk-mengetuk dan dril-mendrill ni memang tak ada skill
    Kalau pandai boleh buat macam-macam tak payah tunggu hubby kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.tak adalah hebat mana, kak.IbuNoey pun tak berapa reti juga.cuma disebabkan teringin sangat nak ada meja jahit sendiri,tu yang bersemangat nak buat tu.pasal drill tu,suami ajar IbuNoey dulu.dah boleh buat sendiri,baru start drill.

      Delete
  6. azney singgah BW dari segmen Emas Putih :)

    http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terim kasih..kejap lagi IbuNoey terjah semula.

      Delete
  7. http://madey09.blogspot.my/ kenalkanblog ya..done follow awak ya dek,,best ja pelangi indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal.nanti IbuNoey balas kunjungan ya..

      Delete
  8. ok sangatt
    rajinnya ibunoey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mood rajin datang,semua boleh buat,cik su.kalau malas,ahaha,melepak tengok tv je la.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.