diy

DIY : PERMUKAAN MEJA CORAK PAPAN

By Permata Malap - 2:00 pm

Kesinambungan daripada projek DIY Meja Jahit, cubaan untuk mencantikkan permukaan meja pula. Maklumlah, guna papan terpakai kan. Ada sisi-sisi tertentu yang menggerutu. Tapi kalau pakai papan baru pun boleh hias juga permukaan tu. Di bawah ni gambar sebelum projek dimulakan. Boleh klik untuk besarkan gambar.


meja jahit

Nampak tak sisi kiri dan kanan tu? Agak tak lawa sebenarnya kalau dilihat dengan lebih dekat. Lagipun ada pula papan kaler hitam tu. Jadi, IbuNoey decide nak cari wallpaper yang sesuai iaitu wallpaper bercorak papan. Nak cari yang murah sikit, menapaklah ke Mr. DIY di Aeon Big Wangsa Maju. Suka sangat kalau pergi Mr. DIY ni. Banyak pilihan dan harga pun lebih murah jika dibandingkan dengan Daiso Japan. Untuk makluman, buat masa ni Mr. DIY di Aeon Big Wangsa Maju ada dua kedai; satu di Ground Floor dan satu lagi di First Floor. Wallpaper untuk projek ni IbuNoey beli di Mr.DIY kat tingkat bawah sebab kedai yang kat tingkat pertama tu macam tak ada. 

Harga wallpaper untuk panjang 2 meter dalam RM3.50 kalau tak silap. Murah tak? Sebenarnya rambang mata juga nak pilih walaupun pada asasnya hanya perlukan corak papan sebab dalam corak papan tu, ada pelbagai lagi coraknya. Warna pun ada yang gelap, ada yang cerah sikit, ada yang gelap sikit. Tapi pilihlah mengikut sedap mata memandang.

corak wallpaper untuk dinding
Kat atas adalah projek yang 80% siap. Tengok kat sisi meja tu, dah tak menggerutu kan? Proses kerja kali ni hanya melibatkan ukur, gunting dan tampal tau. Tak perlulah nak drill, skru bagai. Dah namanya wallpaper.


meja buatan sendiri

Dan inilah hasilnya. Papan hitam dah bertukar menjadi corak papan. Puas hati sebab dah cantikkan meja jahit DIY IbuNoey ni. Sedikit tips ketika membuat projek ni, pastikan anda ukur betul-betul ye. Jangan sampai terkurang ukuran sebab nanti tak lawa hasilnya. Kalau terlebih tu, walaupun dah tampal, masih boleh adjust lagi. Dan tampal secara berhati-hati supaya tak ada gelembung yang timbul. Selamat ber-DIY!

  • Share:

You Might Also Like

14 berkongsi idea

  1. Mudah dan cepat serta cantik!

    ReplyDelete
  2. Baru semangat sikit kan nak menjahit meja dah cantik. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.tau takpe.lepas ni in shaa Allah akan ada banyak projek jahitan pula.

      Delete
  3. lawa hasilnya lepas dah pasang wallpaper.. memang kreatif ibunoey.. dah siap nampak macam beli kat kedai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..lawa ye,Aiza.lepas ni boleh niaga la ni..

      Delete
  4. hebatnya ... teruja tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada minat dan masa,minat akan jadi hebat.macam Izzati,boleh jadi pilot..;)

      Delete
  5. DIY kesukaan kita.. kembalikan mood baru kan?

    Jom singgah blog : Nurfuzie.com
    Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
    dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti jadika DIY sebagai sumber rujukan bahan-bahan untuk projek.yezza..

      Delete
  6. Replies
    1. jika ada minat,bolehlah jadi kreatif.kalau tak,hancur juga.hehe.

      Delete
  7. Cikna pun suka cari brng kat Mr.diy ni mcm2 ade cantik2 plak tu... Tp kn meja tu mmg nmpk cantik can bawu pun Ade....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.IbuNoey suka pegi sana beli barang-barang untuk pertukangan atai barang untuk rumah.murah pun murah.

      wah,cantik ye?hehe.kembang pula lubang hidung nih..;)

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.