Wah.. dah lama benar IbuNoey menyepi kan.. berblogwalking pun jarang benar. maaflah, kawan-kawan. sibuk sikit sejak dua menjak ni. badan pulak cepat letih. kadang sempat update page online shop IbuNoey je. cemburu bila tengok rakan-rakan yang lain banyak up entri. tapi itulah, bila tengok Nuffnang, Unique Visitors tu masih dalam kategori munasabah lah walaupun IbuNoey dah lama tak update entri. terima kasih banyak-banyak pada yang sudi singgah tu. walaupun kalian hanya menjadi silent readers, tapi IbuNoey tahu IbuNoey masih diperlukan dalam dunia Bloggers nih.. hehe.. perasan la pulak IbuNoey ni.
Okla, dah melalut jauh pulak dari tajuk. kita kembali kepada tajuk asal. masa bulan Jun tempohari, IbuNoey ada ambil exam KPSL N27. IbuNoey sekarang hanya memegang jawatan W17. so, kiranya, kalau ambil exam tu dan lulus, IbuNoey ada peluang (tapi banyak lagi proses lain) untuk naik pangkat ke N27... sebenarnya IbuNoey ambil exam ni sekadar nak cari pengalaman tentang seberapa susahnya soalan-soalan N27. jadi, IbuNoey tak adalah study secara hardcore sebelum ambil exam tu. setakat belek-belek buku rujukan (lagipun masa exam nanti boleh bawa buku rujukan tertentu kan)... sebenarnya ada orang jual buku contoh soalan-soalan KPSL N27 tahun lepas beserta contoh jawapan. tapi IbuNoey tak beli pun. kenapa? sebab dah tak sempat.. hehe.. exam ni pula ada 3 paper, dijalankan dalam hari berasingan. kalau nak ambil satu paper je pun tak apa. tapi kalau nak ambil semua paper, kena menjawab 3 hari berturut-turut la macam IbuNoey buat tahun ni.
So, beberapa hari lepas, keputusan exam tu pun keluar. IbuNoey malas nak check sebenarnya. sebab, IbuNoey tau IbuNoey tak lulus punya. tak kira mana-mana paper pun. sebabnya, IbuNoey jawab ala kadar je. lagipun baru kali pertama IbuNoey ambil exam ni, takkanlah terus lulus kan. sekali tu, entah kenapa tergerak jugak hati nak tengok keputusan sendiri. so, berkunjung la ke website kompetensi JPA. dah key in nombor kad pengenalan, tunggulah loading. ada dua exam kat situ. satu exam W17 (masa nak sahkan perkhidmatan dulu) dan satu lagi exam KPSL N27 ni... so, klik kat exam KPSL N27.. tadaa... keputusannya, kandas..... pada Paper B dan Paper C. Paper A? al-hamdulillah, lulus Paper A. so, tahun depan kena ulang exam untuk Paper B dan Paper C la jawabnya. syukurlah Paper A lulus, tak payah nak repeat tahun depan.
So, In shaa Allah tahun depan, nak repeat paper B dan C untuk exam KPSL N27 ni. dan nanti nak tambah pulak, ambil exam KPSL W27. tapi exam KPSL W27 ni lagi mencabar sebab melibatkan kewangan. kena perah otak la jawabnya.
Pengajaran daripada kes ni, jangan cepat buruk sangka dan lemah semangat ye. kalau Allah nak bagi rezeki kat kita, bila-bila masa je kan.. yang penting ucaplah al-hamdulillah. yang kat luar tu ada pengalaman yang menggembirakan macam ni? komen jer kat bawah.. love you all...
4 berkongsi idea
alhamdulillah
ReplyDeleteat least dipanggil seat paper
dpt la pengalaman n memperkukuhkan bekalan bila seat paper kali ke-2 nnti
all d bez k
singgah sini.... mg semua nya ok yew
ReplyDeleteTahniah ibunoey lulus satu paper.InsyaAllah lepas ni lebih semangat nk lulus paper B dan C pula.Gudluck ibunoey. :)
ReplyDeleteayu interbiu n27,,siap bbawa sijil biasiswa JPa. tp xdpt pon. sedih... :(
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.