IbuNoey ni bukanlah arif sangat bab-bab agama ni.. tapi IbuNoey tau la serba sedikit melalui pembacaan di majalah dan sumber di internet yang boleh dipercayai. dan yang paling penting, IbuNoey masih ingat pembelajaran di sekolah dulu pasal puasa ganti ni. terutama bab ibu mengandung dan ibu menyusukan anak.
Sebenarnya, ibu mengandung ni diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. sama halnya dengan ibu yang menyusukan anaknya. ibu yang mengandung ni pulak dibahagikan kepada tiga. pertama yang tidak berpuasa kerana risaukan dirinya, kedua yang tidak berpuasa kerana risaukan dirinya serta kandungannya, dan ketiga yang tidak berpuasa kerana risaukan kandungannya sahaja.
Kalau kategori pertama dan kedua tu, si ibu kena ganti puasa pada hari lain tetapi sebelum tiba Ramadhan berikutnya. tapi kalau sampai tiba Ramadhan seterusnya, si ibu masih tak ganti puasa, maka fidyah dikenakan padanya. tetapi masih tetap kena ganti puasa....
Kalau kategori ketiga tu, si ibu kena ganti puasa pada hari lain sebelum Ramadhan seterusnya ditambah dengan bayar fidyah.
Kalau dia masih tak ganti puasa hingga tiba Ramadhan seterusnya tapi dah bayar fidyah, maka kena bayar fidyah sekali lagi campur ganti puasa.
Kalau dia tak ganti puasa hingga tiba Ramadhan seterusnya dan tak bayar fidyah, maka dia kena bayar fidyah double dan ganti puasa...
So, bezanya kat sini, cuma tang fidyah tu... ni berdasarkan Mazhab Syafie tau... Kalau berdasarkan hadis riwayat lain atau Mazhab lain, ada yang menyatakan tak perlu ganti puasa, cuma bayar fidyah. Tapi bagi IbuNoey, adalah lebih seeloknya kita ikut berdasarkan Mazhab Syafie; ganti je puasa tu,
Siapa-siapa nak kongsikan maklumat, boleh komen kat bawah. siapa-siapa yang rasa info IbuNoey ni ada kesilapan sikit, pun boleh komen di bawah. tapi komen halus-halus yer...hehe.. Selamat Berpuasa.....
Bulan puasa mestilah kena puasa kan.. tapi bagaimana pula dengan ibu mengandung? alaa, Islam sendiri kan da bagi kelonggaran untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.. cuma bila fikir balik, malasla nak ganti balik puasa kalau kita masih mampu nak meneruskan puasa, ye tak?
Tapi, kalau ada tanda-tanda seperti di bawah, jangan teruskan berpuasa tau... sebab nanti dikhuatiri akan mendatangkan kesan tak baik pada baby kita...
- Berasa pening, lemah, pitam, ataupun terlalu letih walaupun telah berehat.
- Loya dan muntah yang teruk.
- Dahaga yang teramat sangat, air kencing berubah warna menjadi keruh dan berbau hancing. Ini dah tahap dehidrasi dah..
- Kurangnya pergerakan bayi dalam kandungan.
- Terasa seperti ada kontraksi (perut mengeras).
Tanda-tanda tu nampak macam ringan,kan? memangla macam ringan, sayang.. tapi kesannya kat baby kita.. sebenarnya, kalau kita masih dalam Trimester Pertama, kita tak digalakkan berpuasa. sebab masa ni baby baru nak berkembang. dia perlukan banyak nutrisi. lagipun masa ni la kita tengah dilanda morning sickness yang dasyat.. info ni IbuNoey dapat dari majalah Pa&Ma.. memang berbaloi untuk dikongsikan bersama... buatlah yang terbaik, ok..












