Ibu Mengandung Berpuasa

lisa surihani mengandung, puasa ibu mengandung





Bulan puasa mestilah kena puasa kan.. tapi bagaimana pula dengan ibu mengandung? alaa, Islam sendiri kan da bagi kelonggaran untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.. cuma bila fikir balik, malasla nak ganti balik puasa kalau kita masih mampu nak meneruskan puasa, ye tak?

Tapi, kalau ada tanda-tanda seperti di bawah, jangan teruskan berpuasa tau... sebab nanti dikhuatiri akan mendatangkan kesan tak baik pada baby kita...

  • Berasa pening, lemah, pitam, ataupun terlalu letih walaupun telah berehat.
  • Loya dan muntah yang teruk.
  • Dahaga yang teramat sangat, air kencing berubah warna menjadi keruh dan berbau hancing. Ini dah tahap dehidrasi dah..
  • Kurangnya pergerakan bayi dalam kandungan. 
  • Terasa seperti ada kontraksi (perut mengeras).
Tanda-tanda tu nampak macam ringan,kan? memangla macam ringan, sayang.. tapi kesannya kat baby kita.. sebenarnya, kalau kita masih dalam Trimester Pertama, kita tak digalakkan berpuasa. sebab masa ni baby baru nak berkembang. dia perlukan banyak nutrisi. lagipun masa ni la kita tengah dilanda morning sickness yang dasyat.. info ni IbuNoey dapat dari majalah Pa&Ma.. memang berbaloi untuk dikongsikan bersama... buatlah yang terbaik, ok..
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
4 Komen untuk "Ibu Mengandung Berpuasa"

awak baru start berblog yer...

salam kenal..

happy blogging :-)

hehe..ye,kak,baru start bulan 6 tempohari..tq,kak...salam kenal..

haah kak.. kalau xlarat better xpayah puasa la... takut gak kesihatan baby kat dalam tu...

so far penuh lagi jijah puasa ni..hee

memang kesihatan baby kat dlm ni yg penting.. kalau jijah,dah tunggu due,rasanya tak ade mslh nk teruskan berpuasa. sebab dah strong dah baby dlm tu..hehe.. akak ada da yg pecah sebab masih ada morning sickness lagi..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia