
Sebelum ni, IbuNoey pernah kongsikan resepi Nasi Kuning Tawau versi periuk nasi elektrik. Kali ni IbuNoey nak transform resepi Nasi Kuning Tawau kepada versi Noxxa. Lagi cepat dan mudah serta dijamin menjadi punya la.
Ok, bahan-bahannya mungkin berbeza sedikit daripada resepi sebelum ini. Terpulang kepada korang nak follow bahan versi mana. Yang penting cara masaknya kena tahu ye.
Bahan-bahan untuk nasi
Beras biasa (3 cawan khas Noxxa)
Beras pulut (setengah cawan khas Noxxa)
Serbuk kunyit (nak pakai kunyit hidup pun boleh)
Sedikit garam
Daun pandan disimpul
Air (3 setengah cawan khas Noxxa)
Santan (1 cawan Noxxa santan)
Cara Masak Nasi
1. Basuh beras macam biasa.
2. Masukkan beras bersama air dan santan ke dalam periuk Noxxa. Tabur serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan daun pandan ke dalam periuk.
4. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah Pressure.
5. Tekan butang High Pressure sehingga menunjukkan angka 07. Tekan butang "On/Off".
6. Setelah periuk siap memasak dan lampu menyala pada butang Warm/Preheat, tekan butang "On/Off" dan tutup suis utama.
7. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, lepaskan stim dengan memusing tombol ke arah Steam.
8. Buka periuk dan gaul rata nasi. Siap untuk dihidang.
Bahan-bahan untuk ikan sambal
Ikan selar/sardin
Cili kering (dikisar bersama bawang putih dan merah)
Bawang merah dipotong bulat
Gula
Garam
Minyak
Serai (dihiris)
Halia (dihiris)
Cara Masak Ikan Bersambal
1. Gaul ikan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Goreng ikan. Lagi garing, lagi sedap.
3. Setelah selesai, ketepikan ikan tu.
4. Tumis cili kering, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar bersama serai dan halia sehingga pecah minyak.
5. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat. Letak garam dan gula mengikut citarasa.
6. Masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, tutup api dan boleh dihidangkan.
Kalau korang rujuk pada resepi sebelum ni, memang ada bezanya pada resepi ikan sambal tu. Terpulang pada korang nak ikut yang mana satu. Tapi memasak nasi kuning Tawau menggunakan periuk Noxxa ni memang mudah dan menjimatkan masa. Tak perlu nak kukus kat periuk lain dah.
Untuk beras tu, kalau korang alah dengan pulut, korang letak beras biasa sahaja pun boleh. Cuma, nasi tu nanti akan agak peroi la. Eh, betul ke istilah IbuNoey tu? Ehehe, belasah je la. Apa-apa pun, selamat mencuba ye. Kalau ada apa-apa kemusykilan, tanya je.