Ibu Mengandung Tak Perlu Ganti Puasa

By Permata Malap - 5:19 pm



IbuNoey ni bukanlah arif sangat bab-bab agama ni.. tapi IbuNoey tau la serba sedikit melalui pembacaan di majalah dan sumber di internet yang boleh dipercayai. dan yang paling penting, IbuNoey masih ingat pembelajaran di sekolah dulu pasal puasa ganti ni. terutama bab ibu mengandung dan ibu menyusukan anak.

Sebenarnya, ibu mengandung ni diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa. sama halnya dengan ibu yang menyusukan anaknya. ibu yang mengandung ni pulak dibahagikan kepada tiga. pertama yang tidak berpuasa kerana risaukan dirinya, kedua yang tidak berpuasa kerana risaukan dirinya serta kandungannya, dan ketiga yang tidak berpuasa kerana risaukan kandungannya sahaja. 

Kalau kategori pertama dan kedua tu, si ibu kena ganti puasa pada hari lain tetapi sebelum tiba Ramadhan berikutnya. tapi kalau sampai tiba Ramadhan seterusnya, si ibu masih tak ganti puasa, maka fidyah dikenakan padanya. tetapi masih tetap kena ganti puasa.... 

Kalau kategori ketiga tu, si ibu kena ganti puasa pada hari lain sebelum Ramadhan seterusnya ditambah dengan bayar fidyah. 

Kalau dia masih tak ganti puasa hingga tiba Ramadhan seterusnya tapi dah bayar fidyah, maka kena bayar fidyah sekali lagi campur ganti puasa

Kalau dia tak ganti puasa hingga tiba Ramadhan seterusnya dan tak bayar fidyah, maka dia kena bayar fidyah double dan ganti puasa... 

So, bezanya kat sini, cuma tang fidyah tu... ni berdasarkan Mazhab Syafie tau... Kalau berdasarkan hadis riwayat lain atau Mazhab lain, ada yang menyatakan tak perlu ganti puasa, cuma bayar fidyah. Tapi bagi IbuNoey, adalah lebih seeloknya kita ikut berdasarkan Mazhab Syafie; ganti je puasa tu,

Siapa-siapa nak kongsikan maklumat, boleh komen kat bawah. siapa-siapa yang rasa info IbuNoey ni ada kesilapan sikit, pun boleh komen di bawah. tapi komen halus-halus yer...hehe.. Selamat Berpuasa.....

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. Salam Kenal Ibu Noey, singgah sini , komen n folo anda... saya tak brape arif sangat bab2 agama ini... tapi boleh la membaca utk tambah pengetahuan... hope puasa n ibadat kite diterima Allah swt. Amin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.. Noey pun tak berapa arif sangat.. tapi elok kongsi apa yg kita tahu kan.. moga bermanfaat...

      Delete
  2. Saya kena fidyah juga. 5 hari tinggal last year puasa. good info..thx Noey

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.