BOLEHKAH MAKAN TELUR KETIKA MENGANDUNG?

By Permata Malap - 12:30 pm


Bolehkah makan telur ketika mengandung? Telur oh telur.. wah, kali ni telur memang menjadi kegemaran IbuNoey. tak kiralah telur dadar ke, telur mata kerbau ke, telur rebus ke, semua IbuNoey bedal. kadang-kdang tak cukup sebiji tau..

Semalam pun baru je makan telur goreng hancur.. erk..betul ke perkataan tu? hehe.. tapi puas hati lah.. nikmat sangat-sangat..

Dan pagi ni, IbuNoey godek-godek web BabyCenter. dan mata terpandang pada artikel tentang telur.. berikut merupakan ayat yang menyentap IbuNoey..

"Telur separuh masak atau telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella, oleh itu lebih baik jika anda mengelak dari memakannya semasa hamil. Ini kerana, ketika hamil, sistem imun anda berubah di mana tugas utamanya kini ialah melindungi bayi dalam kandungan. Ini bermakna, anda lebih mudah mengalami keracunan makanan daripada bakteria salmonella."

Wah.. bahaya ni.. IbuNoey memang suka makan telur mata kerbau yang kuningnya cair gitu.. terasa nikmat bila makan bersama nasi panas. ditambah lagi dengan kicap manis. aduhai... dan berikut sambungan artikel tersebut.

"Keracunan salmonella tidak membahayakan bayi anda secara langsung, tetapi ia boleh membuatkan keadaan lebih teruk apabila anda hamil dan menyebabkan:

- muntah dan cirit-birit yang teruk;
- sakit perut;
- sakit kepala;
- suhu badan tinggi."


Wah.. nasib baiklah tak membahayakan bayi secara langsung.. dan al-hamdulillah, setakat ni, IbuNoey tak pernahlah mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk selepas makan telur separuh masak. so, boleh je la makan kan.. hehe.. tapi..

"Semasa hamil, ikutilah panduan berikut untuk memasak telur:

- Rebus telur bersaiz sederhana selama sekurang-kurangnya tujuh minit.
- Goreng telur pada bahagian atas dan bawah.
- Jika merebus telur tanpa kulit (poach), rebuslah sehingga bahagian putihnya pejal dan berwarna legap serta bahagian kuningnya keras. Ini mengambil masa kira-kira lima minit bagi telur bersaiz sederhana."

So, ibu-ibu mengandung di luar sana, cuba ikut panduan petikan artikel kat atas ye.. jangan ikut macam IbuNoey yang main bedal je ni.. nanti sakit, sendiri susah..


~Artikel sumber daripada BabyCenter~






  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Salam...
    Sy pun ada terbaca jugak yg telur separuh masak atau telur mentah tak elok utk ibu hamil.. Klau tak, mmg feveret la telur separuh masak tu tp dah stop sejak tau hamil haritu.. So, skrg mkn telur yg btul2 masak je.. Hehe, tapi takpelah sbb ibunoey takde simptom2 kat atas kan..Alhamdulillah..
    Sebab telur ni tinggi zat besi dan baik utk ibu hamil cuma takleh yg separuh masak or mentah je lah kan.. mmg best kan yg cair2 kekuningan gtu..fuhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah.yg kuning2 cair tu paling marvelous..baru je makan semalam..sedapnya bila makan bersama nasi putih..;)

      Delete
  2. sy bukan penggemar telur
    thanks share

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..penggemar lobak je kan,cik sue..;)

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.