Kesabaran dan Semangat Diperlukan

By Permata Malap - 3:00 pm


Sejak beberpa hari ni, perasaan IbuNoey sensitif sangat. Cepat sedih, cepat kecewa, cepat marah, cepat hilang mood. Mungkin kerana mengandung kut.. Tapi takkan kandungan dah cecah 6 bulan baru nak cepat sensitif? Entahlah...

Bila dah mengandung ni, macam-macam benda kena fikir. Nampak macam remeh tapi sebenarnya tidak. Kalau yang faham tu, fahamlah. Kalau yang tak faham dan tak pernah alami, mungkin akan buat suara sinis. Kadang-kadang IbuNoey terfikir, IbuNoey ka yang terlalu manja? Oh, TIDAK!! IbuNoey tak suka meminta bantuan lebih-lebih. Kalau orang nak bantu, bantu lah. Kalau tak nak, IbuNoey akan cuba buat sendiri.

Tapi itulah, kadang-kadang nak berhadapan dengan orang sekeliling ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Terutama bila orang tu penuh dengan PHD. Kadang kita tak pernah usik dia tapi dia yang suka usik orang lain. IbuNoey ni bukanlah nak puji diri sendiri tapi jenis IbuNoey ni selagi orang lain tak usik, selagi itulah IbuNoey senyap. Tapi bila dah usik tahap mengganggu ketenteraman, memang meletuplah. Ini memang sifat IbuNoey. Sukar nak diubah. Itulah yang terjadi sejak kebelakangan ni.

Memang IbuNoey tidak dikurniakan kesabaran yang tinggi. Sebab tu IbuNoey mudah melenting. Manusia kan, tiada yang sempurna. Mesti ada cacat celanya. Tapi sangat tidak elok kalau ada PHD. Kalau PHD yang membina, tak apa. Kalau PHD yang menjatuhkan orang lain tu yang susah..

Bila mengandung ni juga, semangat kena kuat. Memang adakalanya goyah bila ada orang perkecilkan kelemahan kita terutama masa mengandung ni. Tapi IbuNoey percaya, lain orang lain ragam mengandungnya. Tak semestinya bila masa mengandung banyak ragam masa bersalin pun ada ragam. Ada yang masa mengandung baik-baik saja tapi bila bersalin, berlaku komplikasi yang tak dijangka. Itu semua kerja Allah. Kita sebagai manusia tak layak menghukum, menilai, mengata orang lain. Yang penting kita fikir, bagaimana kalau kita di tempat mereka. IbuNoey cukup tak berkenan bila ada orang compare keadaan diri sendiri dengan keadaan orang lain.

Allah ciptakan sesuatu berpasang-pasangan. Sama kesnya dengan keadaan kita. Kalau ada yang sihat, ada yang sakit. Kalau ada yang tua, ada yang muda. Kalau ada yang kaya, ada yang miskin. Kalau ada yang kuat, ada yang lemah. Jadi kenapa mesti ada ayat, "Ah, orang pun tuuut juga tapi larat lagi pun."

Due date IbuNoey lagi 3 bulan lebih. Terasa lama... Semangat memang agak lemah. Tapi kena gagahkan juga. Penat macam manapun, kena bertahan. Mungkin itu akan buat semua orang berpuas hati.. Tapi kalau masih ada yang tak puas hati, mungkin sebab dia ada PHD. IbuNoey doakan semoga dia diberi hidayah dan kesedaran. Pada pembaca budiman di luar sana, terima kasih kerana sudi membaca pengalaman, luahan, dan azam IbuNoey ini. Bukan meminta simpati, sekadar berkongsi. Andai ada salah dan silap, harap maafkan. IbuNoey hanya makhluk-Nya yang tak terlepas dari kesilapan.

#rindukeadaandulu

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. kak.. cool.. jgn stress sgt.. kesian baby..rindu akak yg dlu.. happening je time blogging.

    ReplyDelete
  2. singgah petang.thanks share.
    mmg sungguh tak elok kalau ada sifat PHD

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan segala urusan kehamilan sis
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  4. cuti 3 hari, jalan2 ke.. hihi

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.