Review Movie R.I.P.D



Baru-baru ni, IbuNoey tengok satu movie. kalau tengok trailer, memang best. ada action gitu.. tajuknya R.I.P.D. keluar secara rasmi sekitar bulan Ogos tadi..

Ceritanya berkenaan seorang anggota polis yang telah dikhianati dan dibunuh oleh rakan sepasukannya semasa menjalankan satu operasi. ini berlaku selepas mereka berdua mengambil beberapa kepingan artifak emas. kiranya khianat demi emas la... lepas tu si polis ni pun nak diadili la di akhirat. nampak macam merepek kan? haha, tapi IbuNoey layan je..

Oleh kerana si polis ni punya rekod yang baik dalam bidang menangkap penjenayah namun ada menerima rasuah, dia pun ditawarkan kerja sebagai R.I.P.D. untuk tebus kesalahan rasuahnya itu.

Apa tugas R.I.P.D.? tugasnya adalah menangkap Deados iaitu roh yang dapat lari daripada Judgements. si polis pun terima tugas tu. dan bermulalah babak-babak tangkap menangkap antara si polis bersama rakan sepasukan barunya dan Deados yang berkeliaran di dunia. dan agak mengejutkan apabila rupa-rupanya bekas rakan sepasukan si polis semasa di dunia itu adalah Deados juga!!

Secara keseluruhannya, IbuNoey bagi 3 bintang daripada 5 bintang la. menarik tu memang menarik cuma adakalanya agak bosan bila si polis dan rakan sepasukan barunya dok bercerita je. tapi masa kemuncak cerita iaitu setengah jam terakhir memang best sebab banyak babak-babak action. so, kalau yang suka tengok cerita M.I.B. tu, mesti rasa seronok juga tengok cerita ni.. hehe.. fantasi..
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
4 Komen untuk "Review Movie R.I.P.D"

wah..mcm bez la jalan citer tu kak
lama dah x layan filem2 nih
suka tengok genre action..semangat

yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

tengok trailer nampak mcm kelakar je.. hehe

Sha da lame x tgk wayang.Tataw ape cite br skrng.Hehe.Tapi kalau ikut review ibunoey ni boleh ngantuk tgk cite ni.30 minit terkahir je sha bgn agaknye. ;)

ooo.. beberapa kali gak ayu g wayang..tp xde plk rasa nk tgok. hehe

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia