TIPS MENGELAKKAN HILANG KEYAKINAN DIRI

By Permata Malap - 3:00 pm

Hehe.. bertemu lagi... susah benarlah nak up entry sejak dua menjak nih.. maklumlah, tengah mencari kekuatan dan semangat baru.. kena pulak sekarang ni sibuk sangat nak membereskan kerja-kerja di pejabat. nak pula ada naziran nak datang next week. jadi kena prepare macam-macam. inilah keadaan bila dah dapat semangat baru. maunya buat kerja sampai beres deh...

Okla.. keyakinan diri dah makin pulih. al-hamdulillah. berkat beberapa amalan yang IbuNoey buat dalam menghadapi situasi hilang keyakinan diri. tapi taklah pulih sangat. tengah mencuba lagi... hehe.. terima kasih pada yang bagi semangat pada IbuNoey ye. walaupun hanya berkenalan melalui alam maya, tapi sangat supportive dalam memberi kekuatan buat IbuNoey.

Tadi, IbuNoey ada cakap pasal amalan IbuNoey kan? okey, nak kongsi la ni.. harapnya kalau ada sesiapa yang kat luar sana menghadapi situasi macam IbuNoey nanti, bolehlah cuba buat macam yang IbuNoey buat ni. so, bersedia.... kita kupas satu persatu.

  • Doa - inilah yang paling utama. sejak beberapa hari ni, IbuNoey sering berdoa supaya dikuatkan semangat dan dipermudahkan urusan. al-hamdulillah. Allah Maha Mendengar kan? semakin hari semakin bersemangat IbuNoey. tapi bukan bermakna sebelum ni IbuNoey tak pernah berdoa. cuma sekarang lagi kerap. jangan tak percaya bila IbuNoey katakan masa drive pun IbuNoey berdoa. yelah, daripada dok tension tersekat dalam traffic jam, baik IbuNoey berdoa. sekurang-kurangnya tenang jugak hati tu.
  • Kaji - cubalah kita kaji apa puncanya kita hilang keyakinan diri. adakah kerana orang lain ataupun diri sendiri. daripada sini la kita tahu sejauh mana tahap hilangnya keyakinan diri kita tu. kalaulah kita hilang keyakinan diri kerana orang lain, cuba bahaskan dalam diri bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ni. jadi lumrah kalau ada orang lain yang cuba melemahkan semangat kita. kalau kita hilang keyakinan diri kerana diri sendiri, maka berusahalah memperbaiki kelemahan. 
  • Sibukkan diri - kalau sebelum ini banyak termenung, cuba sibukkan diri walaupun tidak sibuk. nanti bila kita dah menyempurnakan sesuatu tugasan, kita akan berasa sangat lapang. isi masa dengan perkara yang berfaedah. bila kita rasa masa yang terluang diisi dengan perkara yang baik, mesti keyakinan tu semakin tinggi sebab kita dah elakkan diri daripada membuang masa.
  • Ceria - bila kita mula hilang keyakinan diri, mesti rasa stress je kan? bila dah stress, macam-macam benda boleh jadi. untuk elakkannya, cuba bersikap ceria. jangan jadikan sesuatu itu sebagai bebanan tapi jadikan sebagai cabaran. contohnya kalau benda itu membuatkan anda murung, ceriakan diri. nak ceriakan diri macam mana? senyum, bergurau senda, bermesra dengan keluarga, dan macam-macam lagi la...

Ooop.. stop tips.. kenapa pula? sebab setakat tu je amalan yang IbuNoey buat sejak dua menjak ni. amalan yang lain belum ada lagi. tapi itulah, amalan paling utama, DOA.. in shaa Allah berjaya.. 

Setakat ini sahaja pertemuan hari ini.. nak update bisnes dulu... ;)



  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. teringat prof muhaya kata.. be +ve.. sbb kalau aura +ve kita sebarkan..kita akan rasa tenang..

    ReplyDelete
  2. thanks noey sbb sudi share ilmu.

    dapat saya satu ilmu lagi di petng jumaat ni

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.