JANGAN DOUBLE PARKING SESUKA HATI

By Permata Malap - 10:10 am

Ya Allah.. dugaan betul pagi-pagi ni. hanya kerana ada rasa kurang prihatin seorang insan, IbuNoey dah terlewat datang ke ofis. ini semua kerana insan itu telah melakukan double parking yang menyebabkan IbuNoey tak boleh nak keluarkan kereta.

Ini adalah kali kedua IbuNoey terkena macam ni. sebelum ni, insan tu tarik handbrake. so, memang tak boleh nak buat apa la sebab nak tolak untuk alihkan, memang tak lepas. 

Dan kali kedua ni, insan tu (insan berlainan) tak tarik handbrake. cuma, bila IbuNoey try tolak, tak lepas. sebab berat sangat rasanya. tapi kemudian, ada seorang lelaki ni tolong tolak. tengok dia pun terkial-kial nak tolak sebab struktur jalan yang tak rata. bila dah tolak tu, tetap tak lepas sebab kalau tolak lebih jauh, memang akan tersondol kereta lain. kedudukan lebih kurang macam ni:


                                                 ____
                                      I    I   I   I    I


Hahaha.. sorry kalau buruk sangat pelannya.. ok, kereta insan tu yang garis lurus. kereta IbuNoey yang I ke-2 (dari kiri). sebelah kereta I pertama, ada divider. bila tolak kereta insan tu (ke depan), bahagian hadapan akan tersondol dengan bahagian hadapan kereta I ke-4. bila tolak kereta ke belakang pula, ia akan tersondol dengan divider. so, memang tak boleh nak buat apa. memang tak lepas untuk IbuNoey bawa keluar kereta. 

Bila lelaki yang datang bantu tadi pun tak boleh nak buat apa, mulalah IbuNoey rasa geram sangat. tengok jam, memang confirm lewatlah jawabnya. nak tak nak, IbuNoey tekan hon dengan harapan agar insan tu boleh dengar dan alihkan kereta dia walaupun IbuNoey sedar tindakan IbuNoey menekan hon tu mengganggu ketenteraman penghuni lain.

Lebih kurang sepuluh minit macam tu, insan tu datang. masa tu, IbuNoey duduk dalam kereta je. niat hati nak sound je insan tu. tapi malas nak panjangkan cerita. so, IbuNoey just tengok dia alihkan kereta. tapi yang insan ni langsung tak pandang IbuNoey. buat muka tak bersalah gitu. mungkin dia fikir bila dah tarik handbrake tu, bolehlah IbuNoey tolak kereta dia tanpa masalah. kalau boleh tolak pun, bukankah itu satu fikiran yang boleh menyusahkan orang lain?

Bila dia try tolak kereta dia tapi tak lepas juga, terpaksa la dia hidupkan engine kereta terus. hah, baru ko tahu yang aku bukan saja-saja nak ko alihkan kereta by yourself...

Dan bila dah ada ruang, IbuNoey terus gerak tinggalkan parking. memang tak cakap apa dah, tapi mengaum gak kereta. dan hasilnya, merah punch card IbuNoey hari ni.. uwaaaaaa..

  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.