CHECK RESULT EXAM KPSL N27

Untuk makluman, keputusan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan N27 telah mula dikeluarkan pada 26 November 2014. sesiapa yang ada ambil exam ni, boleh klik sini untuk semakan keputusan.

Wahahaha.. seperti yang IbuNoey nyatakan dalam entri tahun lepas, IbuNoey berhajat nak repeat Paper B dan C pada tahun ni kan. so, hajat tu dikabulkan dan selamat dilaksanakan pada bulan Ogos lepas. cuma, IbuNoey tak ada up entri berkenaan exam KPSL N27 ni. IbuNoey just up entri berkenaan exam KPSL W27 pada entri ni

Dalam bulan ni, berkali-kali gak IbuNoey buka laman web JPA semata-mata nak check result. hahaha, terlebih excited pula.. dan akhirnya penantian berakhir sebaik sahaja result keluar empat hari lepas. tapi, malangnya server teramatlah busy dan memang susah nak buka. loading lambat, lepas tu asyik error je. rasanya hampir berpuluh kali gak IbuNoey cuba.

Dan kemudian pada 27hb sebelah malamnya, barulah IbuNoey berjaya buka result. keputusannya, next year tak perlu repeat lagi. hehehehe.. al-hamdulillah.. tak sia-sia drive sendiri pergi ke pusat peperiksaan. 

Pada yang masih belum berjaya tu, teruskan usaha ye. pada yang dah berjaya tu pun perlu berusaha perbaiki kelemahan diri sebab banyak lagi ujian yang perlu dihadapi.




Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
2 Komen untuk "CHECK RESULT EXAM KPSL N27"

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia