Ni cerita minggu lepas punya.. Sempena Hari Inovasi JPAM, ada beberapa aktiviti dijalankan. Dan salah satunya adalah Pertandingan Mencipta Bunting.. Jom layan gambar....
Ni adalah antara wakil-wakil daripada pejabat IbuNoey (bahagian). Nak dijadikan cerita, dua orang kawan IbuNoey ni selalu bercakaran tau.. Tapi tak adalah sampai tahap masuk ICU. Hahaha.. Walaupun macam tu, tengok, boleh bekerjasama dengan elok kan.. Tu namanya cakaran adik beradik.. Well, kami sepejabat ni dah macam adik beradik. Gaduh gitu-gitu je. Gaduh manja-manja.
Selain dua orang kawan IbuNoey kat atas tu, ada lagi dua orang wakil yang lain. Tapi demi nak menyiapkan bunting ni, kami yang ada kat pejabat masa tu, turun beramai-ramai membantu wakil-wakil yang ada. IbuNoey? Hahaha.. Tolong tengok je..
Dan ni adalah hasilnya....
P/S : Agak-agak mana yang tercantik?
1 berkongsi idea
Sangat berbakat ni :) Cantik buntingnya
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.