REVIEW UNIMOM MEZZO BREASTPUMP

By Permata Malap - 4:30 pm




Haha.. seperti yang dijanjikan dalam entri ni, IbuNoey nak buat review pasal breastpump Unimom Mezzo. dah sebelas bulan pakai, so far tak ada masalah lagi.

Antara ciri-ciri Unimom Mezzo:
  • manual. kalau nak yang jenis elektrik, guna Unimom Forte atau Unimom Allegro.
  • BPA free.
  • part terdiri daripada valve (jenis duck), handle, diaphragm cover, silicone diaphragm, breast shield, dan silicone massager.
  • ada bottle stand dan shield cover
  • sesuai digunakan dengan botol standard neck


Antara kelebihan Unimom Mezzo:
  • suction kuat tetapi lembut. masa pakai dalam tempoh berpantang tempoh hari, memang best sebab tekan sikit jer handle dia, mencurah-curah susu keluar. tak sampai lima minit, dah dapat 5 oz.
  • mudah dibersihkan. biasanya IbuNoey basuh 4 part jer; valve, silicone massager, breast shield, dan silicone diaphragm. yang handle dan diaphragm cover tak perlu sebab air susu tak kena pun pada part tu. 
  • ringan. hehe... of course la ringan sebab manual kan..

Itu sahaja la perkongsian pasal Unimom Mezzo ni. tapi sekarang ni, jarang dah guna Unimom Mezzo sebab IbuNoey dah ada beli pam jenis elektrik. nanti IbuNoey akan usahakan review pasal pam elektrik tu pula ye..

  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.