KARNIVAL UPIN & IPIN 2014

Mak aih.. semangat pulak nak pergi Karnival Upin & Ipin nanti.. tak lama lagi dah.. tinggal 4 hari lagi.. tau kenapa IbuNoey semangat nak pergi?

Ceritanya begini.. tahun ni, IbuNoey fikir nak buat sambutan harijadi Firas dan Farhan bulan depan. kiranya nak buat secara meriah, jemput kawan-kawan, sedara mara. dua tahun berturut-turut sebelum ni just beli kek dan celebrate bersama AyahMal je. tapi tahun ni nak buat lebih sikit memandangkan Firas dah nak masuk 3 tahun..

So, dipendekkan cerita, IbuNoey dah tetapkan nak buat tema Upin Ipin. bila dah macam tu, bukalah Mr Google, nak cari jenis kek la, goodies la, candy buffet la. entah macam mana, terjumpa link berkenaan Karnival Upin & Ipin ni. bila tengok tarikh, eh, bulan ni juga rupanya. wah, terus set nak pergi sana. mesti lagi senang nak cari barang bertemakan Upin & Ipin kat sana kan? haha.. itulah niat IbuNoey sebenar.

Tapi mesti lagi best bila tengok keterujaan Firas masa dapat tengok maskot Upin & Ipin nanti. nak-nak pula, Ultraman pun ada.. wow, satu gabungan yang hebat untuk Firas tu. jenuhlah nak control nanti.. haha..

So, jom ramai-ramai pergi sana.  


Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22,23 November 2014
Lokasi : PICC Putrajaya
Masa : 9 pagi- 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
4 Komen untuk "KARNIVAL UPIN & IPIN 2014"

salam nak Tanya , macam mana yer nak tinggalkan komen kat blog upinipin tue... macam x der jew dia punyer bahagian komen harap membantu yer ;)

dh mula la kan hri ni..mcm menarik je..
jgn lupa singgah juga ke MAHA di UPM serdang. hihi..
itu acara rasmi saya pergi.maklum le 2 tahun sekali je..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia