Kes dah lama berlaku. Tapi baru nak mengadu dalam blog. Kisahnya, astro buat hal. Hujan tak de, angin tak de, ribut tak de, tiba-tiba 'Signal Unavailable'. Sebelum ni dah pernah kena dah. So, ambil langkah seperti sebelum ni; call Customer Service.
Contact Astro punya Customer Service, seorang pekerja lelaki yang angkat. Lepas tu, dia bagi guide la untuk tekan itu, tekan ini cabut ini, pasang itu. Actually, yang sebelum ni pun bagi guide yang sama juga. Tak berjaya pun tapi follow je la. Manalah tahu kali ni berjaya pula kan.
Tapi sayang seribu kali sayang, tak berjaya juga. Pilihan seterusnya, macam sebelum ni juga, pihak Astro akan hantar seorang technician untuk check apa masalah sebenarnya. Tapi yang tak bestnya tu, pelanggan yang perlu bayar caj perkhidmatan technician tu tau. Sama sebelum ni juga la. Cuma sebelum ni, cuma RM50. Sekarang dah ada GST, kena caj RM53 kalau tak silap. Adoi la.. Apahal pula pelanggan yang kena bayar? Masalah datang daripada Astro, bukan customer.
Pekerja lelaki tu tanya semula sama ada nak Astro hantar technician ke nak tunggu dulu sampai network ada semula. So, IbuNoey decide, tak pelah, kami tunggu dulu sampai esok. Manalah tahu ada keajaiban berlaku, network Astro boleh pulih dengan sendirinya tanpa bayar technician kan. So, letak telefon, kami sekeluarga layan DVD citer Doraemon je la. Dekoder Astro dah off. Buat sakit hati je tengok tanda --:-- kat dekoder tu.
Dalam dua jam gitu, IbuNoey try buka dekoder semula dengan harapan ada keajaiban yang akan berlaku. Sebab sebelum ni, IbuNoey buat macam tu juga; off dekoder dalam beberapa jam, then on semula, network Astro pulih. Dan Al-Hamdulillah, selamat sekali lagi duit IbuNoey daripada terbang kepada technician.
So, kepada yang ada masalah seperti IbuNoey, cuba ambil langkah yang sama dulu. Kalau boleh tunggu sampai 24 jam. Kalau tak okey juga, baru minta technician datang.
7 berkongsi idea
suh tukar lain la tu..hihihtp astro mmg cmtu..
ReplyDeletetak pernah terjadi pada saya kak... sebab start bulan ni.. saya dah potong astro dan telah habis bayar bill tertunggak sekali..and dah minta pihak astro list out no. telefon saya daripada di call untuk promosi astro di akan datang..hee ..sekarang ni pun guna internet stremyx je..
ReplyDeletediorang mmg nak duit aje kan...saya pun tengah pertimbangkan nak terminate aje ni
ReplyDeleteanyway saya membalas kunjungan n done follow sini juga #172
Diari Seorang Mama
IbuNoey jgn tak tahu rumah kakak tak pasang astro dari dulu sampai hari ini. Kakak tunggu anak kakak dah boleh berdikari belajar tanpa pengawasan baru kakak pasang. Apa lagi di rumah pun bukan lama mana kan. Cuti balik kg atau shopping. Malam budak belajar, siang kerja. Macam tak berbaloi kalau ada masalah macam itu...
ReplyDeleteOhhh..terima kasih berkongsi info ni..
ReplyDeleteSo far, tak pernah terjadi macam ni lagi, tapi mana lah tahu kan...hihihi..
Mahal betul ya charge technician tu, padahal bukan salah kita kan :)
so far xde mslh lagi tp boleh cuba ni kalau2 rosak
ReplyDeleteKalaw lah area rumah saya ni mmg boleh dapat siaran biase, xde nye nak langgan astro. Geram nye. Problem same ngan akak, tp mslh nye on off byk kali x jd jugak
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.