JANGAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH.

By Permata Malap - 11:30 am

Setelah membebel di entri SINI, kali ni nak membebel sekali lagi. Kenapa? Sebab sungguh tak puas hati dengan mentaliti kebanyakan orang Malaysia. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Berikut petikan daripada page Siakap Keli:

Luahan seorang pengguna kereta Myvi yang juga merupakan sahabat Likers SK.
Saya seorg wanita hamil 8 bulan.saya menggunakan kereta myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tapi semenjak kejadian kemalangan di atas DUKE melibatkan 6 buah Myvi yang berlumba haram hari itu, saya rasa tidak selamat memandu kereta myvi saya lagi. Semalam ada 1 kereta 4x4 himpit kereta saya di tol Serdang semasa saya balik dari kerja. Dan sebentar tadi pula kereta saya kemek bonet depan mcm di ketuk dgnbenda keras..emosi saya sangat terganggu.. saya mohon rakyat malaysia jangan la bertindak sesuka hati. Saya sendri marah pada pelumba2 haram tu..tapi knp saya yang dipersalah kan..itu kereta saya nak mencari rezeki.. sampaikan saya fikir apa salah saya pada org ramai. Saya tidak dapat lagi menahan emosi. So please rakyat malaysia jangan aniaya org yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada org yg aniaya saya ni..



Apa punya pemikiran sampai buat orang yang tak bersalah macam ni? Yang salah, pemandu 6 biji kereta Myvi tu. Janganlah sampai membabitkan orang lain. Ni nak tunjuk hero konon berjaya membalas dendam ke apa? Membalas dendamlah sangat. Sedangkan keluarga mangsa nahas tu pun tak tergamak nak buat macam ni.

Sebenarnya kan, orang yang buat kerja tak bertamadun sebegini tak pernah bersimpati pun dengan mangsa nahas kemalangan di DUKE tu. Mereka lebih kepada bertindak menangguk di air yang keruh. Sebenarnya, tak ada niat pun nak membalas perbuatan pelaku nahas tu. Mungkin orang tak bertamadun ni memang anti dengan orang perseorangan. Kebetulan pula orang perseorangan tu memandu kereta Myvi, so apalagi buatlah tindakan tak bertamadun.

Lepas tu, yang menghimpit-himpit kereta Myvi dalam perjalanan tu, pun sama tak ada tamadun. Tau tak tindakan tu boleh menyebabkan kemalangan? Kalau yang korang himpit tu bukan pelaku nahas tu, nak jawab macam mana? Sedangkan kalau korang himpit pelaku nahas sebenar pun korang boleh kena tindakan undang-undang juga. Kalau nak sangat himpit kenderaan yang disyaki, kenapa korang tak cuba himpit lori? Lori kan selalu terlibat dalam kes langgar lari? Cubalah himpit lori tu. Tengok siapa yang terbabas.

IbuNoey bukan nak support pelaku nahas tu. IbuNoey cuma tak suka bila ada yang cuba buat aniaya pada pengguna Myvi. Maaf, IbuNoey bukan pengguna Myvi tapi IbuNoey benci dengan mentaliti yang kurang ketamadunan ni. 

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. Singgah pagi...
    Ish² sampai cmtu skali..
    Bukan semua yg drive kereta myvi cmtu..
    kesian akk...sabar kak...
    Hopefully benda nie cepat setel..sian pengguna kete myvi yg x bersalah..

    ReplyDelete
  2. Betul IBuNoey. Kenalah panjang akal kenapa kerana persatuan mereka mahu dilibatkan semua yg menggunakan Myvi. Yg terlibat tu 6 aje yg lain pulak dilibatkan sama. Anak buah kakak pun kena macam IbuNoey. Dia kena di tempat parking kereta di shopping kompleks. Manalah tak marah..

    ReplyDelete
  3. pelik2 la org malaysia ni..

    ReplyDelete
  4. kesian pengguna myvi yg lain...huhu

    ReplyDelete
  5. Org lain yg salah, api org lain pulak yg terkena tempiasnya...
    design kereta je pun yg sama tapi ownernya lain-lain...
    kesian plak mereka2 yang terkena tempias tue..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.