BEN DAN WEN

By Permata Malap - 11:30 am

Minggu lepas, saja godek-godek PC. Godek punya godek, terjumpa gambar zaman dulu kala. Ahahaha. Macam zaman batu pula kan. Taklah, gambar tu gambar masa IbuNoey masih bujang. Kalau tengok gambar masa bujang dulu, lucu pula. Kurus kering macam tak cukup makan. Tapi entri ni bukan nak cerita pasal fizikal masa tu. Nak cerita kisah binatang peliharaan IbuNoey masa tu. 


Inilah binatang peliharaan IbuNoey masa bujang dulu. Yang ni yang jantan. Namanya Ben. IbuNoey beli Ben dan Wen kat Pasar Ahad di Jalan Gaya, Kota KinabaluBeli je, yang bayarkan orang lain. Masa tu mereka kecil lagi. Comel je tengok. Lepas tu, yang bestnya, agak jinak kalau dibandingkan dengan hamster-hamster lain yang dok dalam sangkar yang sama. Masa IbuNoey hulur tangan, tak lari pecut pun. Lari-lari anak je. Tu yang terus terpikat dengan Ben dan Wen ni. 
Mula-mula nak ambil Ben yang gebu gebas je. Tapi atas nasihat tukang bayar, IbuNoey pun ambil Wen sekali. Kata tukang bayar, kenalah ada pasangan untuk elak Ben kesunyian. Nanti tak bersemangat pula. Masuk akal juga kan. So, ambillah Wen sekali. Wen masa tu tak gebu gebas macam Ben. Tapi sebab Wen pun macam Ben yang lari-lari anak je, tu yang pilih Wen.

Bila dah beli Ben dan Wen, IbuNoey bela la dua ekor ni. Mula-mula macam agak senang je. Tapi bila buat lebih banyak pembacaan di internet, barulah tahu banyak benda yang perlu diambilkira. Bukan main bela je tau. Silap haribulan, sekejap je nyawa hamster yang dibela.

Nampak tak yang dok sebelah kiri sangkar tu? Itulah Wen. Wen ni selain daripada agak slim, bulunya juga agak serabut jika dibandingkan dengan Ben. Bulu Ben pendek-pendek gitu dan agak kemas. Bulu Wen agak panjang-panjang dan tak sama rata.

Agak lama juga IbuNoey bertahan jaga Ben dan Wen ni. Sampai beranak-pinak. Tapi umur Wen tak panjang. Selepas kali ketiga Wen beranak, Wen mati tanpa diketahui puncanya. Masa tu persiapan kenduri kahwin kakak IbuNoey. IbuNoey cuma perasan Wen dah mati selepas arwah mak IbuNoey bagitahu. Maklumlah, masa tu sibuk sangat kan. Bila tengok Wen, nampak mulutnya ada kesan darah. Masa tu, berharap sangat Wen cuma pengsan dan akan sedar selepas digerak-gerakkan. Tapi hampa. Menangis bila tengok Wen dah tak gerak. Dalam dua tiga hari jugalah IbuNoey nangis bila tengok sangkar Wen. 

Sebenarnya, beberapa hari sebelum tu, Wen ada buat perangai sikit. Wen tiba-tiba gigit jari IbuNoey masa nak keluarkan dia dari sangkar. Yelah, kebiasaannya, IbuNoey akan keluarkan Ben dan Wen dari sangkar untuk main-main dengan mereka. Tak pernah pula sampai tahap nak gigit jari. Mungkin masa tu memang dah ada sakit kut.


Ini salah seekor anak Ben dan Wen. Namanya Jajus. Bulu ikut macam Wen tapi agak kecoklatan. Tapi walau macam manapun, tetap juga teringat pada Wen. Oh ye, sebelum Wen mati, IbuNoey memang ada beli seekor lagi hamster betina. Kira bermadulah Wen ni ye. Hehe. Yang tu apa entah namanya. Dah lupa sebab tak berapa mesra. Asyik nak menggigit je kejanya. Yang tu pun IbuNoey bela sampai beranak pinak gak.

Hampir setahun lebih bela hamster, IbuNoey berhenti selepas dapat pekerjaan di sektor awam dan bertugas di Kuala Lumpur (sekarang ni la). Pernah juga bela hamster sekali lagi tapi tak berpanjangan. Ada niat tak nak bela hamster lagi? Erm, rasanya tak kut. Siapa yang ada bela hamster, bolehlah kongsi pengalaman ye.

  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.