SEDEKAH : ANTARA IKHLAS DAN RIAK. IbuNoey ni taklah arif sangat bab agama ni. Masih banyak lubang yang perlu ditampal juga. Tapi itulah, bila tiba bab sedekah ni, ramai kat luar sana yang IbuNoey tengok, tak jaga adab-adab bersedekah ni. Main hentam keromo je.
Kita tahu sedekah ni amat digalakkan dalam Islam kan. Jadi ramailah juga yang suka bersedekah. Tak kurang juga yang suka memberi nasihat tentang sedekah. Tapi yang IbuNoey tak gemar ni, bila orang yang bersedekah tu tak faham dan ambil ringan adab bersedekah.
Bersedekah ni mudah je maksudnya; memberikan sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Jadi kalau bersedekah kerana nak menunjuk-nunjuk pada orang ramai, agak-agak kurang tak pahala bersedekah tu? Agak-agak dipandang oleh Allah tak?
Bersedekah dengan terang-terangan diperbolehkan tapi janganlah dok canang sana sini. Lepas tu, sibuk kata, "Aku dah sedekah, korang bila lagi?" Cik puan, orang lain tak adalah sampai nak tunjuk-tunjuk sedekah macam cik puan buat tu. Janganlah dok sibuk tanya orang lain ada bersedekah ke tak. Kadang yang senyap ni lagi besar sedekah dan pahalanya daripada yang sibuk canang pasal nak beri sedekah. Itupun baru nak beri, dah canang keliling kampung.
Kita pula kalau nak menggalakkan orang bersedekah, kenalah ada adabnya. Kalau buat ayat ala-ala riak gitu, memang tak sesuailah kan. Cuba berdakwah tanpa orang tahu yang cik puan tu bersedekah. Ini tak, dah canang kata nak beri sedekah, keluarkan pula dalil betapa beruntungnya orang yang bersedekah. Kiranya cik puan nak kata yang cik puan ni dah banyak pahala la gitu? Aih. Kalau bersedekah kerana riak, tak ada gunanya.
2 berkongsi idea
Singgah pagi...
ReplyDeleteSedikit atau byk nilai sedekah kita tuh...
tak perlu la kot rasanya nak bagitahu org lain yg kita dah bersedekah...
ikhlaskan hati itu kan lebih baik..drpd riak sebegitu..:)
kalau nak menunjuk2 tu xikhlas..tapib takpe la hanya Allah yg tahu niatnya
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.