MENTALITI MANUSIA DULU DAN SELAMANYA

By Permata Malap - 10:20 am

Beberapa minggu yang lepas, AyahMal sembang dengan IbuNoey berkenaan salah seorang rakan sekerjanya. Katanya, dia agak terkilan sebab rakan sekerjanya tu cakap kat orang lain kononnya AyahMal sengaja patahkan kaki sendiri supaya dapat cuti sakit panjang. Ya Allah, sampai begitu sekali.

Setahu IbuNoey, AyahMal patah kaki ketika perlawanan rugby. Dan benda tu berlaku selepas salah seorang pemain lawan terjatuh di atas kaki AyahMal. Bukannya AyahMal menukul kaki sendiri. Pelik benarlah dengan pemikiran kawan AyahMal tu. Sedangkan kawan AyahMal tu pun ada main sekali masa perlawanan tu.

Tapi itulah, pemikiran manusia ni susah nak ramal. Ada je benda yang nak dibuat isu. Kalau AyahMal tu jenis yang tak fikir tanggungjawab pada keluarga, ya, mungkin AyahMal akan sengaja mencederakan diri sendiri. Tapi AyahMal bukan jenis sebegitu. Malahan dia antara lelaki yang sukar nak dicari (jangan muntah yesebab suka membantu isteri di rumah walaupun adakalanya tidak menepati skala yang ditetapkan IbuNoey. Jadi apabila patah kaki tempohari, memang dia agak mengeluh sebab tak dapat nak bantu uruskan anak-anak. Nak bermanja dengan anak-anak pun payah. Maklumlah, kena hadkan sebab anak-anak dah makin lasak.

IbuNoey sendiri pernah berhadapan dengan orang seperti kawan AyahMal tu. Sakit hati dan terkilan, tak payah cakaplah. Yelah, kita bukannya sengaja nak dapat penyakit. Malah sebolehnya kita nak sihat sentiasa untuk memudahkan pengurusan kehidupan kita. Lagipun kita tahu tahap mana keupayaan kita. Tak bolehlah nak paksa diri sendiri.

Berbalik kepada cerita kawan AyahMal tu. Mungkin kerana kebiadapan pemikiran, kawan AyahMal sendiri dah patah bahu pula masa perlawanan rugby baru-baru ni. Dan AyahMal pulangkan paku buah keras pada kawan dia. Rasa-rasa boleh insaf tak kawan dia tu daripada berburuk sangka pada orang lain lagi? Kalau berdasarkan pengalaman IbuNoey, mungkin tak. Sebab IbuNoey pernah jumpa orang yang suka buruk sangka pada orang lain dan bila terkena pada diri sendiri, tak pernah nak insaf. Itulah ragam manusia. Moga orang macam ni cepat-cepatlah sedar diri ye.

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. x baik berprasangka buruk dgn org lain kan kak
    positifkan minda, jgn suka pikir benda yg bukan2
    ada hikmah di sebalik dugaan yg menimpa seseorang

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.