FMC

MOHON JANGAN SALAHKAN MYVI

By Permata Malap - 7:12 pm

Sana sini viral pasal kes kemalangan di Lebuhraya DUKE yang mengorbankan sepasang suami isteri dan anak mereka berusia 7 bulan. Yang sedihnya, kematian mereka menyebabkan dua orang lagi anak pasangan tersebut menjadi yatim piatu. IbuNoey sendiri turut bersedih dan bersimpati dengan nasib kedua-dua anak pasangan tersebut. Dengan usia sekecil itu, ketiadaan ibubapa pasti memilukan. 

IbuNoey rasa tak perlu IbuNoey beritahu siapa punca kemalangan. Rata-rata dah tahu, puncanya adalah kerakusan pemandu yang cuba berlagak hebat di jalan raya. Walaupun bukti yang kukuh masih belum diperolehi tetapi itulah yang diviralkan kini. Sehinggakan page club kereta yang ada kaitan dengan pemandu tu dah dapat komen beribu-ribu daripada orang ramai. Makian, cacian, ugutan, nasihat, semuanya ada. Tak kurang juga yang berkomen gaduh sesama sendiri sedangkan empunya dan ahli kelab senyap seribu bahasa.

Dan baru sekejap tadi, ada terlihat sekilas berkenaan keluhan seorang pemandu Myvi yang mana keretanya dihimpit oleh pelbagai jenis kereta silih berganti. Sedangkan pada waktu tu, dia membawa keluarganya. Kenapa kereta lain cuba menghimpit? Puncanya hanya kerana itu adalah kereta Myvi. Dari kes ni, jelas sekali mentaliti orang kita terlalu sempit. Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kenapa perlu babitkan pemandu kereta Myvi yang lain? Kenapa perlu bahayakan nyawa pemandu kereta Myvi yang lain yang tiada kaitan dengan penyebab kemalangan di DUKE tu? Kalau ditakdirkan nahas berlaku kepada pemandu Myvi tu kerana cubaan menghimpit tadi, nak ke tanggung akibatnya?

Tolonglah jangan salahkan Myvi. Apa yang IbuNoey tengok dalam page club kereta tu, ada segelintir yang macam anti sangat dengan Myvi, bukan pemandu yang menyebabkan kemalangan di DUKE tu. Komen pun berunsur ugutan. Ada juga yang komen pasal pemandu Myvi memang suka bawa kereta membabi buta. Kenapa perlu keluarkan isu tu? Bagi IbuNoey, sepanjang pengalaman memandu kereta ke pejabat, bukan setakat pemandu Myvi yang macam tu, pemandu kereta lain pun ada juga. Cuba bayangkan kalau pemandu yang menyebabkan kemalangan tu memandu kereta Honda? Mesti timbul pula isu pemandu kereta Honda kononnya memang berlagak.

Sekarang ni, yang perlu dicari adalah pelaku sebenar, bukan aim kesemua pemandu kereta Myvi. Kalau dah sampai tahap menghimpit kereta Myvi, esok lusa kamu pula yang diviralkan. Ya, IbuNoey tahu kita semua geram dan marah dengan kejadian yang berlaku. Tapi cubalah berfikiran secara rasional dan logik akal. Kadang kalau fikir balik komen-komen yang IbuNoey baca di dalam page kelab kereta terbabit, pelik pun ada. Adakah kesemua pengomen terbabit yakin bahawa diri sendiri bersopan santun di jalan raya? Ataupun bagai menepuk air di dulang? Fikir-fikirkan.

PERINGATAN : DILARANG SEBARANG PENYALAHGUNAAN BAGI ENTRI INI. SEKIRANYA TERDAPAT PENYALAHGUNAAN SEHINGGA TIMBUL SALAH FAHAM, TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL. HARAP MAKLUM.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. It's easy for people to label and blame other people. Harap2nya kita tak jadi seperti mereka.

    p/s: too many keyboard warriors nowdays...tskkk

    Ruqayya menulis..... 5 Resipi Pemanis Mulut Tanpa Oven

    ReplyDelete
  2. Myvi tu tak salah pun.. yg salahnya pemandu tue. Sikap yang terlalu biadap atas jalan raya. Buat salah tapi tak nak mengaku pulakk...
    Semoga insan yang teraniayai terbela...

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.