AKU GERAM SESAKIT HATI
Hari ni nak meluahkan rasa tak puas hati... rasa sakit hati.. rasa geram.. dan macam-macam lagi la.. payah sebenarnya IbuNoey ni nak meluahkan rasa dalam blog ni kalau tak puas hati.. tapi ni dah tahap maksima punya la.
Pernah tak korang berkawan dengan someone.. kiranya agak rapatla sampai berkongsi rahsia atau luahan rasa.. dan tiba-tiba satu masa kita rasa macam cannot go dengan someone tu after kita tau perangai dia macam mana. well, ianya terjadi pada IbuNoey. why? sebab IbuNoey tengok dia ni jenis yang tak reti malu, dok canang kesalahan orang lain padahal dia sendiri pun buat benda yang sama.. yang buat geram lagi, dia compare kesalahan dia tu sebagai satu manfaat untuk dilakukan.. wooooo.. bukankah kesalahan tetap kesalahan?
IbuNoey dulu memang suka dengar luahan hati dia. tapi semakin lama IbuNoey rasa macam tak boleh nak dengar sangat luahan dia. lebih kepada merepek. padahal kalau IbuNoey tengok pihak yang sebelah sana tu tak de pula buat lebih macam yang dia cakap. dan yang tak tahan, tak boleh tegur,hokeyh.. sensitif tahap gaban,wa cakap lu!
Dan now, bila IbuNoey da malas nak layan perangai dia, dia dok canang pula pasal perangai IbuNoey.. gitu pulak ke dik non oi! memangla tak boleh buat kawan kan... rasanya memang tak boleh pun kalau dok sensitif sokmo.
Haha..nak je rasanya sebut nama dia dalam ni.. tapi tak payahla. tak memasal glamer lak dia nanti. lagipun rasanya kat sekeliling IbuNoey ramai dah yang tahu perangai dia ni.
Apa-apapun, bagi IbuNoey, better tak payahla nak kawan dengan orang sensitif+syok sendiri ni. bukannya apa, kang terkena pulak macam IbuNoey. kalau setakat sensitif tu tahan lagi. tapi kalau dah ada ciri-ciri anggap diri sendiri je yang betul, hah, memang kena cabut awal-awal okey....
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.