Buat para suami di luar sana, jika isteri anda bermasam muka atau jarang ceria, sila semak bawah ni:
1.Adakah anda membantu menjaga anak semasa isteri anda memasak?(terutama jika anak-anak di peringkat umur 6 tahun ke bawah)
2. Adakah isteri anda bangun lebih awal daripada anda kira-kira 2 jam sebelum anda?(terutama pada waktu cuti)
3.Adakah sarapan sering siap tersedia sebaik sahaja anda bangun tidur?(menu sarapan yang agak berat sahaja)
4.Adakah anda lihat isteri anda kurang masa menghadap televisyen berbanding anda?(jika anda gemar menonton televisyen)
5.Adakah anda sering keluar pada waktu malam walaupun hanya sekadar 1-2 jam? (jika keluar bukan kerana urusan kerja)
6.Adakah anda amat jarang terganggu dengan tangisan anak di waktu malam?(terutama jika anak masih berumur bawah 4 tahun)
7.Adakah isteri anda pergi ke pejabat menaiki kenderaan awam atau kenderaan sendiri tanpa bantuan anda?(khas buat suami yang isterinya bekerja)
8.Adakah anda melihat isteri membuat lebih daripada dua kerja dalam satu masa?(contohnya memasak sambil membasuh pinggan sambil membasuh kain)
9.Adakah anda membantu membuat kerja rumah tanpa permintaan isteri?
10.Adakah isteri anda sering tidur lewat kerana menyiapkan kerja-kerja rumah?
Jika jawapan kebanyakan ya, maka ubahlah agar isteri anda kembali ceria.
Sekadar perkongsian..
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.