TAK SEDAP HATI TANDA BERLAKU SESUATU?

Sebelum nak mulakan cerita, nak bagitahu dulu, entri ni tak ada kena-mengena dengan hati ayam, hati lembu, hati ikan, hati kambing, mahupun hati unta ya.. hehe..

Okeylah.. nak tanya juga, pernah tak rasa tak sedap hati? rasa macam ada yang tak kena tapi tak pasti apa. lepas tu, bila check balik, memang betul ada yang tak kena. dan hal ni terjadi pada IbuNoey pagi ni.

Pagi ni IbuNoey bersiap-siap nak pergi kerja seperti biasa. sebelum mandi , IbuNoey masak dulu bubur Aniq Farhan guna dapur gas. lepas dah mandi dan bersiap, IbuNoey pun kemas segala susu, botol susu, dan makanan untuk anak-anak IbuNoey dalam satu beg kertas. lepas tu, teruslah hantar budak-budak ke rumah pengasuh. 

Lepas dah hantar budak-budak, IbuNoey masuk rumah semula untuk ambil beg tangan dan beg penyimpanan susu ibu. maklumlah, rumah pengasuh dengan rumah IbuNoey pun setingkat. jadi tak ralat sangat nak masuk semula ke rumah. lepas dah ambil semua barang, IbuNoey keluar dan kunci pintu dan grill rumah. tapi dalam tiga tapak nak menuju ke lif, IbuNoey macam tak sedap hati. terasa macam ada yang tak kena, terasa macam ada yang terlupa. 

So, IbuNoey patah balik, masuk ke rumah sekali lagi. dalam fikiran IbuNoey masa tu, 'aku terlupa nak tutup dapur gas ke'. pergilah ke dapur tengok dapur gas. eh, dah tutup pun. memanglah dah tutup kan. kalau tak, macam mana IbuNoey boleh transfer makanan AniqFarhan dari dalam periuk ke bekas makanan.

So, dah confirm dapur gas dah tutup, keluar rumah semula, naik lif, menapak nak pergi ke kereta. tapi dalam masa tu, masih rasa tak sedap hati. cuma buat tak tahu je la. sampai kat kereta, start enjin. 

Memang dah kebiasaan sebelum gerak, IbuNoey akan pasang pengecas bateri telefon dalam kereta. takdirnya, masa dah pasang pengecas, telefon IbuNoey berbunyi menandakan ada mesej masuk. selalunya, IbuNoey payah sikit nak buka mesej awal pagi ni. entah kenapa tergerak hati nak baca. so, bukalah. tertera ayat, 'Salam, susu baby tak bawa ni.' laaa.. patutlah dok rasa tak sedap hati dari tadi. rupanya lupa nak letak susu baby dalam beg kertas tadi. 


So, matikan enjin kereta, ambil kunci rumah, menapak semula ke rumah dan hantar susu Aniq Farhan. automatik hilang rasa tak sedap hati. dan now, dah ada kat pejabat untuk bekerja seperti biasa.

Mujurlah IbuNoey tergerak hati nak baca terus mesej tu. kalau dibuatnya kat pejabat baru nak baca, dah satu hal pula nak drive balik rumah.. hihi..


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
2 Komen untuk "TAK SEDAP HATI TANDA BERLAKU SESUATU?"

nasib baik belum gerak lagi...

p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

Assakum, nak tanya..anak u still minum susu S26 stage 4 ke?

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia