Kalau yang berniaga, mesti tahu apa itu Ayat Seribu Dinar. kalau yang dah berumahtangga pun biasanya sukakan Ayat Seribu Dinar. ada yang beranggapan bahawa Ayat Seribu Dinar tu boleh membawa kepada rezeki yang banyak. tapi tahukah anda bahawa anda sebenarnya tidak boleh menampal atau menggantung Ayat Seribu Dinar?
Tahun lepas, IbuNoey menghadiri satu ceramah anjuran jabatan IbuNoey. tapi nama penceramahnya IbuNoey dah lupa pula. yang penting, dia seorang Ustaz. tajuk ceramah beliau berkaitan rezeki yang berkat.
Menarik jugak ceramahnya. tapi apa yang paling IbuNoey suka mengenai Ayat Seribu Dinar. secara umum, ramai yang mengatakan Ayat Seribu Dinar ni boleh membawa rezeki yang melimpah ruah. sebab tu kalau tengok kat mana-mana kedai, lazimnya ada Ayat Seribu Dinar hatta sekecil manapun sampai kita pun kadang-kadang tak boleh nak membacanya. bila ditanya kenapa perlu tampal ayat tu, mudahnya jawapan, supaya murah rezeki.
Tapi sebenarnya, tak boleh tampal atau gantung Ayat Seribu Dinar tu. kenapa? sebelum tu mari tengok maksud Ayat Seribu Dinar..
Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Sebenarnya, tak ada guna kita tampal ayat tu kalau kita tak mengamalkan apa yang dimaksudkan oleh isi-isinya. tak guna kita tampal ayat ni kalau kita tak bertakwa kepada Allah. tak guna kita tampal ayat ni kalau kita tak bertawakal kepada Allah. dari mana datangnya rezeki? daripada Allah... macam mana nak dapat rezeki? dengan bertakwa kepada Allah kerana dari situ Allah akan memberi kita jalan dan cara untuk berusaha dalam mencari rezeki.
Jadi, puan-puan, tuan-tuan yang sering mengatakan Ayat Seribu Dinar itu mampu menambahkan rezeki, buanglah tanggapan itu. ini kerana hanya Allah s.w.t. yang berkuasa atas segala-galanya.
Oleh itu, sila jangan tampal atau gantung Ayat Seribu Dinar JIKA anda tidak mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya kerana kalau tampal atau gantung juga, hanyalah perhiasan semata-mata. boleh gantung atau tampal Ayat Seribu Dinar itu jika ianya mampu mengingatkan kita kepada Allah. wallahualam.
Begitulah serba sedikit ceramah yang disampaikan Ustaz. tapi pengolahan ayat agak berbeza ye.
So, sekarang, mari perbetulkan apa yang silap..
2 berkongsi idea
Patut pengusaha kedai baca ni. Eh rumah sya pun ada.. hihi. Tapi kami buakn gantung dgn niat nk murah rezeki. Nampak benda tu, sambil tu baca..
ReplyDeleteyup..ayu pun pernah dengar mengenainya.. cukup sekadar hafal dan mengamalkan isinya... segalanya dari Allah buka dari frame ayat tu.
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.