PELAJAR DAHULU DAN PELAJAR SEKARANG

1. Pelajar dahulu kalau nampak pengawas pun dah kecut perut. Apatah lagi kalau nampak cikgu terutama cikgu dispilin, mesti ambil seribu langkah.

2. Pelajar sekarang kalau nampak cikgu, buat muka meluat. Apatah lagi kalau nampak pengawas, rasa macam nak sepak.

3. Pelajar dahulu kalau nak merokok, lari masuk semak sambil kepala mengintai-intai guru disiplin.

4. Pelajar sekarang kalau nak merokok,  duduk tepi tembok rumah sambil siul anak dara.

5. Pelajar dahulu kalau dah pukul 7.30 pagi, dah terpacak dalam kelas.

6. Pelajar sekarang, pukul 8.30 pagi, masih duduk di perhentian bas.

7. Pelajar dahulu kalau didenda cikgu, tak berani nak mengadu pada mak bapa sebab kesudahannya akan kena hukum kali kedua di rumah.

8. Pelajar sekarang kalau didenda cikgu, cepat-cepat mengadu pada mak bapa sebab kesudahannya cikgu akan dihukum tukar sekolah.

9. Pelajar dahulu kalau dapat 5A, dapat basikal BMX.

10. Pelajar sekarang kalau dapat 5A, dapat Mini Cooper.

Extracted from Google


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
0 Komen untuk "PELAJAR DAHULU DAN PELAJAR SEKARANG"

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia