Source extracted from GrandPa Google |
Wah.. al-hamdulillah. start Aniq Farhan cecah 8 bulan tempohari, IbuNoey dah perkenalkan dia dengan kurma. kurma kan makanan sunnah Rasulullah. lagipun kurma ni banyak khasiatnya. nak tahu khasiatnya, cuba tanya GrandPa Google yer..
Ok, jom tengok versi penyediaan kurma untuk bayi seawal umur 8 bulan. memandangkan bayi pada umur ini masih ada yang belum tumbuh gigi dan kalau ada pun setakat dua batang (seperti kes Aniq Farhan), maka adalah lebih sesuai jika kita membuat puri kurma.
Bahan-bahannya:
Kurma mengikut keperluan
Air secukupnya
Peralatan stim
Peralatan kisar
Peralatan menapis (jika perlu)
Cara menyediakan:
- Stimkan kurma sehingga lembut.
- Biarkan sejuk seketika.
- Pisahkan kulit dan biji kurma daripada isi.
- Kisarkan isi kurma bersama air mengikut kesesuaian umur anak anda.
- Tapiskan isi kurma yang telah dikisar bagi mendapatkan tekstur yang lebih halus.
- Simpan di dalam bekas yang bersesuaian.
- Bekukan di dalam peti beku jika membuat stok yang banyak.
Selamat mencuba..
2 berkongsi idea
sesuai ka makanan untuk bayi disejuk bekukan??hmm xpernah buat puree lg untuk anak
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteTQ ibu noey..
nnt nak buat juga utk umar la, esok lusa masuk 8 bulan..
tak penah lagi bagi puri kurma utk dia, TQ IbuNoey :-)
Pendapat anda amat dihargai.