Waaaaa.. sedih, sedih... inilah padahnya kalau leka dan tak beringat-ingat. waaaa..
Kerana degil dengan peringatan pengalaman lalu, kerana bongkak dengan sejarah lampau, akhirnya nikmat untuk IbuNoey telah ditarik.. IbuNoey sukar nak mengeluarkan SUARA...
Ini gara-gara terkena hujan masa hari Sabtu lepas. dua hari gak IbuNoey demam dan tak dapat datang kerja. dan semalam, batuk tak berkahak. sakit wooo.. dan hari ni, pup.. suara tak boleh nak keluar. wuuuu... kena tarik nikmat BERSUARA ye.. hanya boleh berbisik. kalau ada hal kecemasan, memang tak boleh nak minta TOLONG ye..
IbuNoey sebenarnya alah kepada hujan even gerimis sekalipun. tapi masa hari Sabtu tu, IbuNoey tak beringat. inilah padahnya kalau degil kan. harap esok lusa nikmat BERSUARA dikembalikan semula..
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.