REVIEW BABY BULLET

By Permata Malap - 10:30 am



Ta daa.. ini antara barang kesayangan IbuNoey sekarang. sebabnya ia memudahkan penyediaan makanan untuk my second son, AniqFarhan.

Sebenarnya dah lama IbuNoey beli benda ni. dari bulan Mei 2014 lagi. cumanya tak terfikir nak berkongsi pengalaman menggunakan set Baby Bullet ni. nak tahu spesifikasi setiap barang-barang yang ada dalam set ni, bolehlah google ye..

Ok, di bawah secara ringkasnya review IbuNoey pasal produk ni:

1. Di mana beli?

  • IbuNoey beli benda ni melalui online di Lazada. masa tu harganya dalam RM85.00 termasuk penghantaran. IbuNoey pilih COD (Cash On Delivery). so, IbuNoey bayar selepas barang dihantar ke pejabat IbuNoey. dan sekarang ni harganya lagi murah. dalam RM79.00 satu set.


2. Kegunaan?
  • Baby Bullet ni adalah barang yang memudahkan penyediaan makanan untuk bayi. tak delah mudah 100% sebab nak stim makanan bayi kena guna produk lain tau. cuma, part nak blender makanan bayi tu cukup mudah bagi IbuNoey sebab cepat je halus apa yang kita kisar.
  • Dan lagi, nak simpan makanan bayi yang diblender pun mudah sebab dia ada Cup untuk menyimpan makanan. 

3. Pro?
  • Cepat dalam proses pengisaran makanan.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur bayi sebab kita boleh kawal secara manual tahap mana kecairan makanan yang kita nak.
  • Kecil dan ringan. rasanya kalau nak bawa balik kampung pun tak de hal punya

4. Kontra?
  • Storage cup yang agak kecil dan sedikit. dalam set ni, hanya ada enam storage cup.. so, tak cukup untuk stok seminggu.
  • Blender agak kecil. so, kena blender banyak kali kalau nak buat stok yang banyak.

Rasanya itu je kot yang IbuNoey boleh share sebab so far, sekarang ni rasa berbaloi gak beli dengan harga RM85 tu...

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. barang baby comel2 je.. mcm baby jugak comel. hehe

    ReplyDelete
  2. Singgah dari blog kak Mia.

    Wah produk baby. Kongsikan di FB link ini untuk lebih sambutan dan bacaan

    ReplyDelete
  3. Menarik nampaknya ni.. saya tak pernah beli... jenuh masak bubur lama2 kat atas dapur..

    ReplyDelete
  4. Nice review kak.. Buat bekalan masa depan.

    ReplyDelete
  5. untunglah ada baby bulet nie..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.