SESI LUAHAN RASA

By Permata Malap - 10:53 am

Hari ni, awal-awal dah rasa kurang tenang dan hilang semangat nak buat kerja. Tapi diteruskan juga walau kadang hati bertanya, besar benarkah salahku?

Ya, aku tahu aku keras kepala. Aku tahu aku jenis suka memprotes. Tapi salahkah jika memprotes untuk mengelakkan kesalahan? Salahkah untuk memprotes agar tiada penyesalan di kemudian hari? Salahkah jika memprotes agar aku tidak dikambinghitamkan?

Dan hari ini, kerana dendam, aku menjadi mangsa. Hari ini, kerana aku pernah memprotes, semua kataku dibidas. Benarlah peribahasa berkata, panas setahun, dihapuskan oleh hujan sehari.

Jadi sekarang dan masa seterusnya apa yang perlu aku lakukan? Perlukah aku bersikap kaki angguk dan kaki kipas? Sebab apa yang aku perhatikan, bila menjadi kaki kipas, buatlah apa-apa kesalahan sekalipun, pasti dipandang ringan. Dan yang paling penting, pasti disokong...

Jadi, wahai dunia, perlukah aku menjadi kaki kipas???? Membenarkan apa yang salah???

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. mmmm, susahkan..
    dluah mati emak, ditelan mati bapa..
    sabar ye ibu noey..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.