Al-hamdulillah. Setelah sekian lama join bermacam GA dan segmen dan contest, akhirnya terpilih sebagai pemenang.
Nak menang GA ni macam mudah. Tapi semuanya bergantung dengan rezeki. IbuNoey antara seorang daripada 50 orang yang terpilih untuk menjadi pemenang bagi GiveAway anjuran kak Mia dan Oceanlife Marketing Sdn Bhd ni. And guess what? IbuNoey adalah pemenang yang last sekali, ke-50. Memang nasib-nasib kau..
Bungkusan yang diterima |
Isi di dalamnya.. Ada kalendar free lagi tu.. |
So, sekarang dalam proses menggunakan Ephyra Skin Bar ni. Kita tunggu dan lihat apa hasilnya nanti..
Terima kasih kak Mia dan Oceanlife...
Apakah hukum melawat atau menziarahi orang sakit?
Hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Ini kerana dengan menziarahi orang sakit, sedikit sebanyak ia dapat menggembirakan orang sakit itu.
Adab melawat atau menziarahi orang sakit:
- Hendaklah ikhlas kerana Allah Taala. Oleh itu, hendaklah menziarahi orang sakit kerana rasa kasih sayang dan memelihara hubungan. Dan tidak sewajarnya menziarahi orang sakit kerana inginkan pujian, nama, dan pangkat. Sebagai contoh, pekerja yang menziarahi bos demi mendapat perhatian bos dengan harapan kenaikan pangkat dan sebagainya. Contoh yang lain pula adalah seperti mengadakan lawatan ke rumah orang sakit semata-mata untuk mendapat liputan di kaca televisyen.
- Hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai kerana orang sakit juga memerlukan masa-masa untuk berehat. Jika di hospital, pihak hospital telah menetapkan waktu-waktu melawat. Namun jika hendak menziarahi orang sakit di rumah, pelawat perlulah peka kepada masa untuk orang sakit melakukan aktiviti seperti makan, mandi, dan sebagainya di mana tidak sepatutnya aktiviti menziarahi dilakukan pada masa yang sama.
- Digalakkan berada dekat dengan orang sakit terutama di bahagian kepala untuk memudahkan interaksi. Ini kerana orang sakit agak lemah dari segi pertuturan. Oleh itu, adalah amat sukar untuk berinteraksi jika kita berada di hujung kaki katil.
- Digalakkan bertanya keadaan pesakit tetapi perlulah berpada-pada agar tidak timbul rasa tidak selesa kepada pesakit.
- Ucapkan kata-kata yang elok dan memberangsangkan. Amat digalakkan mengucapkan kata-kata yang memberi harapan kepada orang sakit.
- Mendoakan orang sakit agar cepat sembuh.
- Menjaga aurat. Seperti yang diketahui, tiada larangan untuk lelaki menziarahi pesakit perempuan, begitu juga sebaliknya. Namun begitu, aurat juga perlu dijaga.
- Orang sakit sebenarnya lebih mengharapkan doa kita berbanding buah tangan atau hadiah yang dibawa. Namun begitu, boleh juga membawa sesuatu untuk menggembirakan hati orang sakit. Adalah lebih afdal memberikan sedekah duit kerana duit itu boleh digunakan untuk membeli keperluan orang sakit.
- Menziarahi sesiapa sahaja tanpa mengira status hubungan. Walaupun orang sakit itu adalah musuh kita, namun kita juga digalakkan untuk menziarahi mereka kerana ia mungkin akan membuka hubungan yang baru. Ibarata buang yang keruh, ambil yang jernih.
- Haruslah bertanya sama ada orang sakit perlukan bantuan untuk melakukan ibadat seperti solat. Jika kita boleh dan mampu membantu, bolehlah meringankan sedikit beban.
1.Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, terus luahkan dan letupkan. Dan orang sekeliling akan cakap, "Ei, panas baran." Padahal org jenis ni tak nak hipokrit dan memendam rasa.
2. Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, masih mampu tersenyum tapi di belakang akan bagitahu pada orang lain. Dan orang sekeliling akan cakap, "Ei,hipokritnya." Padahal org jenis ni cuba bersikap profesional.
3. Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, buat muka selamba dan tak mengadu pada orang lain. Dan orang sekeliling akan cakap, "Bodek je lebih." Padahal org jenis ni malas nak panjangkan cerita.
4. Ada orang yang jenisnya sentiasa puas hati. Dan orang lain akan cakap, "Ei, senangnya kena buli." Padahal org jenis ni sentiasa bersangka baik
Kesimpulannya, kita lakukan apa sahaja pun pasti akan mendapat pandangan yang negatif. Buat baik disalahertikan. Buat jahat disebarkan.
Moral of the story:
~ Berprasangka baik
~ Jadilah diri sendiri tetapi sentiasa cuba perbaiki diri
~ Jangan berhenti lakukan kebaikan walau apa pun yang orang lain tafsirkan
2. Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, masih mampu tersenyum tapi di belakang akan bagitahu pada orang lain. Dan orang sekeliling akan cakap, "Ei,hipokritnya." Padahal org jenis ni cuba bersikap profesional.
3. Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, buat muka selamba dan tak mengadu pada orang lain. Dan orang sekeliling akan cakap, "Bodek je lebih." Padahal org jenis ni malas nak panjangkan cerita.
4. Ada orang yang jenisnya sentiasa puas hati. Dan orang lain akan cakap, "Ei, senangnya kena buli." Padahal org jenis ni sentiasa bersangka baik
Kesimpulannya, kita lakukan apa sahaja pun pasti akan mendapat pandangan yang negatif. Buat baik disalahertikan. Buat jahat disebarkan.
Moral of the story:
~ Berprasangka baik
~ Jadilah diri sendiri tetapi sentiasa cuba perbaiki diri
~ Jangan berhenti lakukan kebaikan walau apa pun yang orang lain tafsirkan
Aduhai... Inilah keadaan yang paling IbuNoey tak gemar...... Makan ubat..
Minggu lepas, hampir 3 hari IbuNoey tak sihat. Demam, batuk, selsema, sakit kepala, sakit mata (ketumbit). Jadi kat atas tu antara ubat yang perlu dimakan. Antara je, okay... Ada lagi ubat lain yang patutnya perlu makan juga.
Sebenarnya sejak dulu lagi IbuNoey tak suka makan ubat. Sakit teruk macam mana pun, sanggup tak nak makan ubat. Sehinggakan dulu mak mertua pernah tegur sebab IbuNoey takut sangat nak makan ubat.
Dan sekarang, Firas ikut jejak langkah IbuNoey. Minggu lepas, sebelum IbuNoey sakit, Firas dan Farhan yang demam dulu. Masa nak bagi makan ubat, memang berperang la dengan Firas. Farhan pula relaks je makan ubat demam. AyahMal siap cakap lagi, 'Firas ni anak ayah (manja dengan ayah), tapi ikut perangai ibu.' Ahahaha.. Tak boleh nak kata apa la...
Dalam entri sebelum ni, IbuNoey dah janji nak bagitau cara nak buat autopublish kan. So, hari ni nak kotakan janji tu.. Jom, tengok gambar di bawah.
1. Karang entri seperti biasa.
2. Klik schedule pada post setting. Nanti akan keluar seperti di atas. Kalau pilih automatic, entri akan keluar sebaik sahaja kita tekan butang publish.
3. Untuk autopublish, klik butang set date and time, dia akan keluar seperti gambar di atas.
4. Set tarikh dan masa mengikut kehendak anda. Contoh kat atas, IbuNoey pilih 24/12/2014, pukul 2.00 pm. Kemudian tekan butang publish.
5. Tada... Nampak tak pada sebelah kanan tajuk entri ada tertulis scheduled? Hah, tu tanda post tu belum keluar lagi kat blog. Nanti ia akan keluar kat blog pada 24/12/2014, 2pm.
Selamat mencuba...
4. Set tarikh dan masa mengikut kehendak anda. Contoh kat atas, IbuNoey pilih 24/12/2014, pukul 2.00 pm. Kemudian tekan butang publish.
5. Tada... Nampak tak pada sebelah kanan tajuk entri ada tertulis scheduled? Hah, tu tanda post tu belum keluar lagi kat blog. Nanti ia akan keluar kat blog pada 24/12/2014, 2pm.
Selamat mencuba...
Minggu lepas, bermula hari Rabu, kesihatan IbuNoey agak terganggu. Demam, batuk, selsema, sakit kepala, dan sakit mata (ketumbit). Bila datang full package macam ni, memang mood tak berapa baik termasuklah untuk mengarang entri.
Tapi, mujurlah ada autopublish dalam blog. Jadi dalam tempoh IbuNoey hilang nikmat untuk mengarang entri, tak de la sunyi sangat blog IbuNoey ni.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa tu autopublish terutama pada pembaca yang tak de blog sendiri atau bloggers yang masih agak baru dalam dunia blog. IbuNoey dulu pun tak tahu apa tu autopublish. Maklumlah, agak kurang rajin nak belek-belek butang yang ada dalam blog. Meh nak terangkan sikit. Harap dapatlah faham ye.
Autopublish ni adalah keadaan di mana kita mengarang satu entri pada satu masa tertentu tetapi kita set entri tu untuk keluar di dalam blog pada satu masa berlainan. Contohnya, entri IbuNoey berkaitan Potty Training dah dikarang pada 15/12/2014 tetapi IbuNoey set entri tu untuk keluar dalam blog pada 18/12/2014.
Apa kegunaan autopublish ni? Ia sebenarnya amat berguna untuk orang macam IbuNoey ni; kekangan masa untuk up entri setiap hari, idea yang tak datang setiap hari, tak dapat buka internet pada hari tertentu, kesihatan yang kurang mengizinkan, dsb.
Bagi IbuNoey memang autopublish ni amat membantu IbuNoey. Kebiasaannya, IbuNoey akan karang entri dan akan bahagikan entri pada hari-hari tertentu. Dapat satu entri untuk setiap satu hari pun tak pe. Macam minggu lepas, entri dari hari Rabu hingga Jumaat, semuanya auto publish sebab actual day, IbuNoey tak larat nak buka blog pun. Jadi jangan sangka IbuNoey menghadap blog ni setiap hari ye. Kemungkinan sejam sebelum dan ketika entri ni keluar pun IbuNoey sedang meeting dengan bos. Tak pun sedang berehat sebab masih tak sihat.... Hehehe.. IbuNoey percaya ramai juga bloggers kat luar sana buat cara yang sama terutama yang part time bloggers.
Next entri, IbuNoey akan bagitahu bagaimana nak buat autopublish ni.
P/S : Entri ni pun AutoPublish...
Jauhi prasangka buruk. Kerana prasangka buruk boleh memusnahkan persahabatan dan menimbulkan fitnah.
Banyakkan bertanya boleh mengurangkan prasangka buruk.
Image Extracted From Google |
Firas dah menjangkau usia 3 tahun. Tapi yang sedihnya, IbuNoey masih gagal untuk laksanakan Potty Training kat dia. Hari tu pernah sekali tak bagi dia pakai pampers. Memang lencunlah seluar. Tapi disebabkan nak keluar beli barang dapur masa tu, terus pakaikan pampers kat dia semula.. Waaaa, tak kuat kesabaran lagi IbuNoey ni.
But now, IbuNoey dapat info yang ada satu teknik unik yang mungkin boleh dilakukan. Ahahaha.. Unikla sangat. Rasanya boleh kut IbuNoey pakaiguna cara ni.
Apa caranya tu? Potty training secara bersesi. Macam mana pula tu? Caranya, ambil satu sesi tertentu dalam sehari untuk melatih anak tanpa memakai pampers. Contohnya, bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengahari, jangan pakaikan pampers kat anak. So, dalam tempoh tu, biarkan anak buat aktiviti macam biasa. Makan ke, minum ke, main ke. Tapi pastikan setiap 15 minit sekali, ajak anak untuk masuk ke tandas untuk buang air kecil atau air besar. Selepas pukul 1 tengahari, pakaikan pampers seperti biasa. Dan mungkin juga boleh buat sesi kedua pada sebelah petang sebelum waktu tidur. Ulangi cara tersebut pada hari kedua. Dan pada hari ketiga pula, cuba buat seharian tanpa ada sesi seperti hari sebelumnya.
So, macam mana? Nak mencuba? Ahahaha. Nanti IbuNoey nak cuba cuti hujung minggu ni.
Image extracted from Google |
Aduh. sakitnya gigi.. apa petua nak hilangkan atau sekurang-kurangnya redakan sakit gigi ye?
Mudah sahaja. ambil sedikit biji cengkih dan tumbuk halus. campurkan dengan sedikit air dan sumbatkan ke dalam gigi yang berlubang. in shaa Allah rasa sakit akan berkurangan.
Selamat mencuba.
Berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Namun berusahalah untuk memperbaiki diri yang dahulu.
Cuti hujung minggu, macam-macam benda nak buat. Nak kemas rumah, nak lipat kain, nak mengait, nak draf entri blog, nak masak-masak.. Kadang tak sempat habis satu kerja, tangkap lagi kerja lain sebab nak jimat masa.
Beberapa minggu lepas, teruja nak buat apam polkadot. Haha, macam ketinggalan zaman la pula. Tapi alhamdulillah, menjadi juga. Cuma tak buat polkadot, buat macam-macam corak. Bersungguh Firas makan. Suap gak kat Farhan (walaupun tak elok untuk dia sebab agak manis). Dan yang paling best, AyahMal pun join makan sama.
Dan kat atas tu la antara corak-corak yang IbuNoey buat. Comel tak?
Korang kalau dapat baucar gini, teruja tak? Especially pada yang kaki shopping online macam IbuNoey ni. IbuNoey of course la teruja. Lagilah pula selama ni memang teringin sangat nak membeli di Zalora.
Kisahnya IbuNoey dapat baucar masa AyahMal beli handphone baru. Handphone Lenovo yang IbuNoey belikan awal tahun tadi dah rosak skrinnya gara-gara dihumban oleh Firas. Kali ni AyahMal beli handphone Samsung Galaxy Mega 2 (gambar kat bawah). Bagi IbuNoey, macam agak tak sesuai kalau AyahMal pakai handphone ni sebab saiznya agak besar. Dahla AyahMal ni kerja jenis yang lasak. Pulak tu tak suka bawa beg kalau pergi mana-mana. Selalunya wallet dan handphone just sumbat kat poket belakang seluar.
Tapi dah memang itu citarasa dan kehendak AyahMal, tak boleh nak kata apa dah. So, belilah. Masa tu beli kat kedai Celcom di Aeon Big Wangsa Maju. IbuNoey yang cadangkan beli kat sana sebab ikut pengalaman IbuNoey beli handphone IbuNoey kat sana, memang puas hati. Sampai sekarang performance still okay. Cuma bateri je kena ganti.
So, dapatla beli handphone ni. Tapi terpaksa ambil warna putih sebab warna hitam takde stok. Harganya RM1,249; plus casing, screen protector, memory card 8gb. Dan juga free baucar Zalora RM50. Bila dapat je baucar Zalora tu, senyum sampai telinga la IbuNoey jadinya. Yes, boleh shopping di Zalora..
Korang nak baucar gak tak? Nah, ambil kod ni ZBAPQWQ2. Nanti boleh dapat diskaun 15% yer... Key in masa checkout nanti. Terhad kepada pelanggan kali pertama je tau. Kalau sebelum ni dah pernah beli kat Zalora, tak valid untuk dapat diskaun tu. Tak pun, korang create new account guna email lain je.
Psst... Lepas ni, IbuNoey bagitau apa barang-barang yang IbuNoey dah beli kat Zalora guna baucar RM50 tu ye...
Siapa kata lilin hanya berguna untuk menerangkan kegelapan? Lilin pun ada fungsi lain tau. Salah satunya adalah untuk membaiki zip yang rosak. Kadang-kadang zip tu lari daripada landasan. Contohnya macam gambar kat bawah.
Hah.. Biasanya kalau dah jadi macam tu, rasa nak buang je kan. Tak pun nak ganti dengan zip baru. Tapi sebenarnya lilin boleh membantu. Caranya, gosok-gosokkan lilin pada gerigi zip. Kemudian, gerak-gerakkan zip seperti biasa sehingga zip bercantum.
Selamat mencuba..
Hari ni tak de idea nak up entri. Lagipun seharian kemas rumah.. Dah penat-penat kemas rumah, relaks jap. Terfikir pula nak check akaun Nuffnang.
And see... Ahaha.. Keyword paling banyak; ibu mertua tukang urut. Pelik kejap. Tertanya-tanya apa sebenarnya yang dicari oleh si pencari tu. Adakah dia sedang mencari tukang urut? Atau adakah dia nak tahu mertua siapa yang boleh jadi tukang urut? Atau adakah dia teringin nak tahu bolehkah ibu mertua menjadi tukang urut? Atau adakah mencari berita ibu mertua yang bekerja menjadi tukang urut? Erm, boleh sesiapa jawab?
Anda perlukan percutian untuk lari daripada kesibukan Kuala Lumpur? Perlukan tempat yang nyaman dan damai? Jom terjah 8 tempat yang awesome!!
1. Sekeping Serendah, Kuala Lumpur. Hanya sejam dari Kuala Lumpur.
2. Banjaran Hotsprings, Ipoh. 2 jam 45 minit dari Kuala Lumpur.
3. The Dusun, Negeri Sembilan. 1 jam 20 minit dari Kuala Lumpur.
Yezza.. join GA lagi.. kencang pula IbuNoey ni join GA akhir-akhir tahun ni..
Ok, GA ni sangat simple tau. IbuNoey rasa korang mesti nak masuk sekali kalau tengok syarat-syaratnya yang sangattt simple.. hadiah pun boleh tahan lumayan gitu..
Boleh klik banner kat atas untuk join.
Good luck..
Sempena cuti sekolah ni, pengasuh Firas dan Farhan, minta cuti selama dua minggu sebab nak balik kampung. mula-mula pening jugak nak cari pengasuh ganti sebab rata-rata pengasuh kat kawasan rumah IbuNoey balik kampung juga. kalau adapun, tak nak ambil sekadar dua minggu, nak berterusan. susah jugalah sebab IbuNoey lebih selesa dengan pengasuh sekarang ni.
Tapi mujurlah ada isteri kawan AyahMal sudi nak menjadi pengasuh ganti untuk dua minggu ni. dia pun dah ada anak; yang perempuan umur 4 tahun lebih dan yang lelaki sebaya dengan Farhan. tapi tu lah, dia duduk kat blok sebelah. so, kena turun naik turun juga la..
Alkisahnya, semalam dah masuk hari ketiga hantar anak-anak kat pengasuh ganti. dan tiga hari juga la Firas dok mengamuk tak nak pergi rumah pengasuh ganti. hari pertama, menangis masa sampai kat depan pintu rumah pengasuh. siap terpaksa dukung bawa masuk ke dalam lagi. hari kedua, menangis start kat bawah lif blok pengasuh. dan semalam pula, menangis start kat depan lif rumah IbuNoey.
Yang tak tahannya tu, dia cakap kat IbuNoey yang dia nak ke rumah Mami (pengasuh asal dorang). memang menangis-nangis la dia sambil sebut, "Umah Mami, umah Mami." erm, memang Firas ni sangat manja dengan Mami dia. kadang kalau masa nak ambil dari rumah Mami dia pun, dia boleh buat tak endah je kat IbuNoey.
Haih, ni baru dua minggu. kalau lagi lama, macam mana agaknya?
Purchase a weekly or monthly pass to enjoy 50% more internet and the chance to enter the Jualan Internet Lagi Ohhsome Contest! Win Weekly Giveaways or the Grand Prize of a trip to the Facebook Campus in California. Dial *100*2# or purchase your MI passes via the RED app to start winning big now.
Valid till 31st January 2015
Info lanjut, klik banner di atas.
P/S: Rasa macam nak join jer.. hehe..
Jom meriahkan GiveAway ni.
Nak tahu syarat-syaratnya, klik banner kat atas.
TEMPOH GIVEAWAY
- Mula : 1 Disember 2014
- Akhir : 11 Disember 2014
GANJARAN
5 pemenang bertuah akan dipilih dan berpeluang memenangi PRODUK KESIHATAN BERNILAI SEHINGGA RM150
IbuNoey nak sihat kerana dengan kesihatan yang baik, IbuNoey mampu menjalani kehidupan seharian dengan tangkas dan ceria.
Okey... Ada pertambahan CPUV Nuffnang lagi.. Kali ni Lactacyd pula.. Tahun lepas, IbuNoey pun pernah dapat gak CPUV Lactacyd ni. Lepas tu, IbuNoey ada kongsi pasal request sample kat entri tahun lepas. tahun ni pun boleh request lagi sample. boleh klik Lactacyd untuk sample ye.. boleh juga klik kat iklan Lactacyd yang menari-nari di blog IbuNoey.
Siapa sini yang sinonim dengan perkataan sahabat pena? zaman sekarang ni, ada lagi ke sahabat pena? rasanya macam ada lagi tapi dah kurang kan.. sebab yelah, zaman serba canggih ni, dengan Facebook, dengan twitter, dan macam-macam teknologi, macam dah tak sesuai guna istilah sahabat pena. ianya lebih kepada sahabat cyber..ceh, gitu..
IbuNoey teringat masa zaman sekolah rendah dulu; sekitar tahun 90-an. masa tu, IbuNoey memang sangat teruja dengan istilah sahabat pena ni. masa tu, rajin sangat belek suratkhabar. IbuNoey ingat lagi, kebanyakan surat khabar masa tu ada ruang untuk sahabat pena. ada letak gambar, tarikh lahir, nama dan alamat. tinggal pilih je. lepas tu, hantarlah surat pengenalan diri dan niat untuk berkenalan.
Kadang-kadang bila kita hantar, ada yang tak membalas. tapi IbuNoey masih teringat dengan seorang sahabat pena IbuNoey ni. namanya kak Asniyah. kak As masa tu tinggal kat Cheras tapi dia berasal dari Kota Kinabalu. lama juga kami berhubung; hampir 2 tahun. masa tu, IbuNoey gunakan alamat sekolah. jadi bila dapat je surat, memang rasa teruja sangat la.. tapi, macam biasa la, surat biasanya dah siap-siap terbuka sebab pihak sekolah akan tengok dulu untuk pastikan itu bukan surat cinta. zaman dulu kan sangat DILARANG bercinta masa sekolah.
Tapi lama-kelamaan, kami dah jarang berhubung. sehingga sampai satu masa, kami terus lost-contact. tapi memang best bila berhubung dengan kak As ni. dia selalu nasihatkan IbuNoey supaya belajar rajin-rajin, ikut nasihat ibubapa, jaga perangai.
Kadang-kadang teringin nak ada sahabat pena semula. siapa nak, meh bagi alamat. hehe...
Baca ni:
Aha.. meh la ramai-ramai support blog Cik Belbel ni.. sekarang ni, Cik Belbel tengah cari senarai blog untuk masukkan dalam bloglist.
Blog Cik Belbel ni comel tau. IbuNoey paling suka tang header tuh.. gebu gebas gitu. hehe.. so, jom ramai-ramai terjah blog Cik Belbel dan join pencarian ni ye.. nak join, klik je banner kat atas..
Pernah tak mengalami keadaan di mana timun yang kita makan terasa pahit? nak tahu macam mana nak kurangkan rasa pahit tu?
Caranya mudah jer.. mula-mula, basuh dulu timun yang nak dipotong. basuh bersih-bersih. lepas tu, potong sedikit kedua-dua bahagian hujung (pucuk dan pangkal) timun tu. gosok potongan kecil tu kat kedua-dua hujung permukaan timun. gosok sampai keluar cecair seperti buih warna putih. rasanya getah timun kut.. lepas tu, bolehlah hiris timun seperti biasa. in shaa Allah, timun tak rasa pahit lagi..
Selamat mencuba..
Baca ni juga:
- Anda ada masalah keguguran rambut? Ini mungkin peluang anda.