MANUSIA DAN PERASAAN TAK DAPAT DIPISAHKAN

By Permata Malap - 10:00 am

1.Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, terus luahkan dan letupkan. Dan orang sekeliling akan cakap, "Ei, panas baran." Padahal org jenis ni tak nak hipokrit dan memendam rasa.

2. Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, masih mampu tersenyum tapi di belakang akan bagitahu pada orang lain. Dan orang sekeliling akan cakap, "Ei,hipokritnya." Padahal org jenis ni cuba bersikap profesional.

3. Ada org yg jenisnya bila tak puas hati, buat muka selamba dan tak mengadu pada orang lain. Dan orang sekeliling akan cakap, "Bodek je lebih." Padahal org jenis ni malas nak panjangkan cerita.

4. Ada orang yang jenisnya sentiasa puas hati. Dan orang lain akan cakap, "Ei, senangnya kena buli." Padahal org jenis ni sentiasa bersangka baik


Kesimpulannya, kita lakukan apa sahaja pun pasti akan mendapat pandangan yang negatif. Buat baik disalahertikan. Buat jahat disebarkan.

Moral of the story:
~ Berprasangka baik
~ Jadilah diri sendiri tetapi sentiasa cuba perbaiki diri
~ Jangan berhenti lakukan kebaikan walau apa pun yang orang lain tafsirkan

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.