UJIAN BERTINGKAT-TINGKAT

By Permata Malap - 11:00 am




Aduhai... Inilah keadaan yang paling IbuNoey tak gemar...... Makan ubat.. 

Minggu lepas, hampir 3 hari IbuNoey tak sihat. Demam, batuk, selsema, sakit kepala, sakit mata (ketumbit). Jadi kat atas tu antara ubat yang perlu dimakan. Antara je, okay... Ada lagi ubat lain yang patutnya perlu makan juga.

Sebenarnya sejak dulu lagi IbuNoey tak suka makan ubat. Sakit teruk macam mana pun, sanggup tak nak makan ubat. Sehinggakan dulu mak mertua pernah tegur sebab IbuNoey takut sangat nak makan ubat.

Dan sekarang, Firas ikut jejak langkah IbuNoey. Minggu lepas, sebelum IbuNoey sakit, Firas dan Farhan yang demam dulu. Masa nak bagi makan ubat, memang berperang la dengan Firas. Farhan pula relaks je makan ubat demam. AyahMal siap cakap lagi, 'Firas ni anak ayah (manja dengan ayah), tapi ikut perangai ibu.' Ahahaha.. Tak boleh nak kata apa la...

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Saya pon tak suka makan ubat tapi sejak dah jadi ibu ni kena juga telan bila rasa betul2 teruk..demi anak & keluarga

    ReplyDelete
  2. Semoga IbuNoey dan anak-anak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. Saya boleh makan ubat tanpa dipaksa tetapi kalau mahu menjejakkan kaki di hospital saya paling tidak mahu.. haha

    ReplyDelete
  4. anak mesti la ikut mak bapak dia . huhuu

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.