Minggu lepas, bermula hari Rabu, kesihatan IbuNoey agak terganggu. Demam, batuk, selsema, sakit kepala, dan sakit mata (ketumbit). Bila datang full package macam ni, memang mood tak berapa baik termasuklah untuk mengarang entri.
Tapi, mujurlah ada autopublish dalam blog. Jadi dalam tempoh IbuNoey hilang nikmat untuk mengarang entri, tak de la sunyi sangat blog IbuNoey ni.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa tu autopublish terutama pada pembaca yang tak de blog sendiri atau bloggers yang masih agak baru dalam dunia blog. IbuNoey dulu pun tak tahu apa tu autopublish. Maklumlah, agak kurang rajin nak belek-belek butang yang ada dalam blog. Meh nak terangkan sikit. Harap dapatlah faham ye.
Autopublish ni adalah keadaan di mana kita mengarang satu entri pada satu masa tertentu tetapi kita set entri tu untuk keluar di dalam blog pada satu masa berlainan. Contohnya, entri IbuNoey berkaitan Potty Training dah dikarang pada 15/12/2014 tetapi IbuNoey set entri tu untuk keluar dalam blog pada 18/12/2014.
Apa kegunaan autopublish ni? Ia sebenarnya amat berguna untuk orang macam IbuNoey ni; kekangan masa untuk up entri setiap hari, idea yang tak datang setiap hari, tak dapat buka internet pada hari tertentu, kesihatan yang kurang mengizinkan, dsb.
Bagi IbuNoey memang autopublish ni amat membantu IbuNoey. Kebiasaannya, IbuNoey akan karang entri dan akan bahagikan entri pada hari-hari tertentu. Dapat satu entri untuk setiap satu hari pun tak pe. Macam minggu lepas, entri dari hari Rabu hingga Jumaat, semuanya auto publish sebab actual day, IbuNoey tak larat nak buka blog pun. Jadi jangan sangka IbuNoey menghadap blog ni setiap hari ye. Kemungkinan sejam sebelum dan ketika entri ni keluar pun IbuNoey sedang meeting dengan bos. Tak pun sedang berehat sebab masih tak sihat.... Hehehe.. IbuNoey percaya ramai juga bloggers kat luar sana buat cara yang sama terutama yang part time bloggers.
Next entri, IbuNoey akan bagitahu bagaimana nak buat autopublish ni.
P/S : Entri ni pun AutoPublish...
1 berkongsi idea
kdang2 je buat autopublish . hehee
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.