Image Extracted From Google |
Firas dah menjangkau usia 3 tahun. Tapi yang sedihnya, IbuNoey masih gagal untuk laksanakan Potty Training kat dia. Hari tu pernah sekali tak bagi dia pakai pampers. Memang lencunlah seluar. Tapi disebabkan nak keluar beli barang dapur masa tu, terus pakaikan pampers kat dia semula.. Waaaa, tak kuat kesabaran lagi IbuNoey ni.
But now, IbuNoey dapat info yang ada satu teknik unik yang mungkin boleh dilakukan. Ahahaha.. Unikla sangat. Rasanya boleh kut IbuNoey pakaiguna cara ni.
Apa caranya tu? Potty training secara bersesi. Macam mana pula tu? Caranya, ambil satu sesi tertentu dalam sehari untuk melatih anak tanpa memakai pampers. Contohnya, bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengahari, jangan pakaikan pampers kat anak. So, dalam tempoh tu, biarkan anak buat aktiviti macam biasa. Makan ke, minum ke, main ke. Tapi pastikan setiap 15 minit sekali, ajak anak untuk masuk ke tandas untuk buang air kecil atau air besar. Selepas pukul 1 tengahari, pakaikan pampers seperti biasa. Dan mungkin juga boleh buat sesi kedua pada sebelah petang sebelum waktu tidur. Ulangi cara tersebut pada hari kedua. Dan pada hari ketiga pula, cuba buat seharian tanpa ada sesi seperti hari sebelumnya.
So, macam mana? Nak mencuba? Ahahaha. Nanti IbuNoey nak cuba cuti hujung minggu ni.
1 berkongsi idea
ok dah tu, ibu-ibu cuba biasakan anak dengan bilik air dan latih perlahan-lahan, jangan paksa-paksa...Masa Naim 3 tahun, saya cuba banyak kali. ada yang berjaya dan ada juga yang kena mengelap mengemop bagai.. tapi bila masuk tadika tahun ni (4tahun) dalam 3 hari je dia masuk sekolah, Naim dah pandai ke toilet sendiri.. terima kasih sangat kepada usaha cikgu tadika. memang kagum betul..
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.