Sempena cuti sekolah ni, pengasuh Firas dan Farhan, minta cuti selama dua minggu sebab nak balik kampung. mula-mula pening jugak nak cari pengasuh ganti sebab rata-rata pengasuh kat kawasan rumah IbuNoey balik kampung juga. kalau adapun, tak nak ambil sekadar dua minggu, nak berterusan. susah jugalah sebab IbuNoey lebih selesa dengan pengasuh sekarang ni.
Tapi mujurlah ada isteri kawan AyahMal sudi nak menjadi pengasuh ganti untuk dua minggu ni. dia pun dah ada anak; yang perempuan umur 4 tahun lebih dan yang lelaki sebaya dengan Farhan. tapi tu lah, dia duduk kat blok sebelah. so, kena turun naik turun juga la..
Alkisahnya, semalam dah masuk hari ketiga hantar anak-anak kat pengasuh ganti. dan tiga hari juga la Firas dok mengamuk tak nak pergi rumah pengasuh ganti. hari pertama, menangis masa sampai kat depan pintu rumah pengasuh. siap terpaksa dukung bawa masuk ke dalam lagi. hari kedua, menangis start kat bawah lif blok pengasuh. dan semalam pula, menangis start kat depan lif rumah IbuNoey.
Yang tak tahannya tu, dia cakap kat IbuNoey yang dia nak ke rumah Mami (pengasuh asal dorang). memang menangis-nangis la dia sambil sebut, "Umah Mami, umah Mami." erm, memang Firas ni sangat manja dengan Mami dia. kadang kalau masa nak ambil dari rumah Mami dia pun, dia boleh buat tak endah je kat IbuNoey.
Haih, ni baru dua minggu. kalau lagi lama, macam mana agaknya?
3 berkongsi idea
Saya rasa kalau lagi lama munkin firas tidak nangis lag sebab da biasa.. betul x?
ReplyDeleteSaya rasa kalau lagi lama munkin firas tidak nangis lag sebab da biasa.. betul x?
ReplyDeleteAnak-anak bila dah serasi dengan pengasuh, memang susah kan nak tukar pengasuh lain
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.